saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih | Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja. Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu. Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya. | Lain-lain | 23.04.2008 |
ejaan yang tepat bagi kelansungan atau kelangsungan? atau kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dan membawa maksud yang sama | Ejaan yang betul ialah KELANGSUNGAN. Kelangsungan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; | Ejaan | 12.07.2017 |
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa. | Lain-lain | 13.07.2010 |
Adakah perkataan "kelangsungan" boleh diguna dalam apa-apa ayat? Contohnya ayat: Oleh itu pengesahan daripada Pengurus Besar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) adalah perlu untuk kelangsungan projek ini. | Boleh. Berikut disertakan makna kata kelangsungan. Kelangsungan: perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah kelangsungan daripada kreativiti pelipur lara; | Lain-lain | 14.04.2009 |
Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja. | Tatabahasa | 12.12.2012 |