Mutakhir ini kerap ditemui pada poster-poster hebahan mengenai penggunaan perkataan "peluncuran" bagi maksud pelancaran (launching) buku, garis panduan, portal dan sebagainya. Adakah penggunaan perkataan peluncuran dalam konteks ini gramatis dan telah diterima pakai? Sekian, terima kasih | Penggunaan perkataan yang betul ialah pelancaran, bukan peluncuran. Peluncuran bermaksud perihal (perbuatan dan sebagainya) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. Selain itu, ia juga membawa maksud tempat utk meluncur. Untuk keterangan lebih lanjut, saudara boleh rujuk di laman web http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=peluncuran&d=175768&#LIHATSINI
| Lain-lain | 28.12.2020 |
Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Sehubungan dengan perkara tersebut, hamba tidak mendapati "... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020" tiada dalam Kamus Dewan Perdana ms 1367. Sila berikan pencerahan tentang perkara ini. Sekian, terima kasih. | Makna baharu yang layak untuk dimasukkan (mengikut piawaian yang telah ditetapkan DBP) akan terakam dalam kamus terbitan DBP yang seterusnya. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang mengumpulkan kata dan makna baharu setiap hari (termasuk makna baharu "peluncuran") untuk menjadi calon kata masukan atau makna baharu dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua. "... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP..." ini merujuk kata "pelancaran" (kata yang menjadi contoh perbandingan) yang membawa makna merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Kamus terdahulu tidak merakamkan makna ini. Justeru berkaitan hal tersebut, masyarakat juga boleh menyumbang atau membuat cadangan kata atau makna baharu melalui Gerbang Kata; Saran Kata di http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. yang dipautkan di Pusat Rujukan Persuaratan Melayu (PRPM). | Makna | 05.07.2024 |
Tuan / Puan, Bagaimana jika saya ada kemusykilan penggunaan perkataan "Peluncuran" dan "Pelancaran". Ayat: Majlis Peluncuran Portal sekolah telah diadakan...Di mana saya boleh merujuk. Dalam PRPM saya tidak menjumpai penerangan yang dikehendaki. Terima kasih, | Penggunaan perkataan yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "pelancaran", bukan peluncuran. Untuk melihat makna peluncuran, klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peluncuran. | Tatabahasa | 04.12.2015 |
Apakah maksud peluncuran? Saya cari kat dewan bahasa pustaka official website xda maksud diterangkan dengan terperinci tapi digunakan di dalam pelancaran sesuatu majlis. TQ | Assalamualaikum wbt, Perkataan peluncuran mempunyai maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program. Perkataan peluncuran dalam konteks ini semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi bagi kata pelancaran. Dalam erti kata lain, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Disertakan beberapa contoh penggunaan kata peluncuran yang dipetik daripada Korpus DBP dan Google: Selepas majlis peluncuran dibuat, acara diskusi buku akan diadakan dan disusuli dengan slot baca cerpen. Penerbit bercadang untuk membuat peluncuran. Namun begitu, peluncuran itu akan dibuat secara dalam talian kerana negara dilanda oleh pandemik COVID-19. Yang Dipertua Dewan Rakyat menghadiri majlis peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) ... Sesi lawatan ini dimulakan dengan perasmian Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 22.11.2024 |
Memohon penjelasan "Majlis Peluncuran" atau "Majlis Pelancaran"? | Peluncuran dan Pelancaran “Pelancaran” merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan atau memperkenalkan (produk, program dan sebagainya) yang baru kepada umum buat kali pertamanya secara rasmi. “Peluncuran” merujuk kepada hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu atau tempat untuk meluncur. Penggunaan perkataan “pelancaran” dalam konteks di negara kita telah mantap dan meluas penggunaannya mengikut kesesuaian makna, manakala penggunaan perkataan “peluncuran” tidak menjadi kebiasaan penggunaan di negara kita, namun boleh digunakan sebagai variasi penggunaan dalam konteks yang bersesuaian. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu. Perkataan dan makna baharu yang ditemui akan dikumpulkan dan dirakamkan dalam kamus edisi yang seterusnya. “Pelancaran” rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1234 “Peluncuran” rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1367 | Tatabahasa | 20.01.2024 |
Adakah istilah pelancaran dan peluncuran sama? | Ya, sama maknanya bagi hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu seperti dalam ayat ini: Peluncuran buku tersebut berjalan lancar. Kata peluncuran terbit daripada salah satu makna "melancarkan" iaitu memperkenalkan (produk, program dan sebagainya) yang baharu kepada umum buat kali pertamanya secara rasmi. Kedua-dua kata ini tidak sama bagi makna yang lain.
| Makna | 20.11.2024 |
Lewat ini, istilah peluncuran ada digunakan oleh sebagai kata ganti kepada istilah perasmian. Adakah ianya merupakan istilah yang betul? | Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 03.01.2024 |
Banyak program rasmi Kerajaan telah menggunakan perkataan peluncuran sebagai ganti pelancaran. Adakah benar penggunaan perkataan tersebut memandangkan carian daripada Kamus Dewan membawa makna berbeza? | Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 02.01.2024 |
Salam sejahtera tuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan "Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital" pada 28.11.2023. Sehubungan itu, mohon pencerahan tuan adakah sesuai menggunakan perkataan "Peluncuran" dan bolehkah pihak tuan memberikan kesedaran kepada KPM agar semua penjawat awam KPM dapat membiasakan yang betul, membetulkan yang biasa. Terima kasih atas perhatian tuan. | Berdasarkan konteks ayat yang disertakan dalam lampiran, penggunaan perkataan yang betul ialah pelancaran kerana peluncuran merujuk hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu atau tempat untuk meluncur. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1367. | Makna | 27.11.2023 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah maksud peluncuran buku? Adakah sama seperti pelancaran buku? Terima kasih | Waalaikumussalam, Dalam sisitem kami masih belum ada data peluncuran buku. Perkataan yang betul ialah Pelancaran Buku. | Tatabahasa | 12.06.2017 |