mana satu yang betul. 1. Depot Pusat Kenderaan atau Depot Kenderaan Pusat. 2. Depot Pusat Peluru atau Depot Peluru Pusat. mohon nasihat daripada pihak tuan. terima kasih | Yang betul ialah 1. Depot Pusat Kenderaan; dan 2. Depot Pusat Peluru. | Tatabahasa | 15.04.2010 |
Terdapat sebuah acara paralimpik yang dipanggil "shot put seated" atau "seated shot put" di mana peserta akan melontar peluru dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi. Jika saya ingin menamakan acara ini dalam bahasa Melayu, adakah "lontar peluru duduk" padanan yang sesuai? | Cadangan padanan “Lontar Peluru Duduk” boleh diterima sebagai padanan seated shot put. | Istilah | 16.06.2019 |
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan. | Makna | 05.11.2009 |
Assalamualaikum.. Ingin kepastian jawapan soalan murid : 1. Ahmad Khairul sedang membuat __________ kedua dalam acara kegemarannya ( Gambar acara lontar peluru ) A. balingan B. lontaran yang manakah jawapan yang tepat dan mengapa? terim kasih | Salam, Ahmad Khairul sedang membuat lontaran kedua dalam acara kegemarannya (Gambar acara lontar peluru) Dalam konteks ayat tersebut, lontaran lebih tepat kerana dalam sukan pun nama bagi acara tersebut ialah lontar peluru, berbanding balingan yang membawa maksud batu dan lain-lain yang dibubuh pada tali dan dilemparkan dengan mengayunkannya terlebih dahulu mengelilingi. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'? | Saudara Shevir, 1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini. 2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah. | Makna | 29.08.2009 |
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'mengenai'. Jika dilihat, 'mengenai' berasal dari kata dasar 'kena' dan jika diubah kepada ayat perbuatan akan menjadi seperti 'peluru itu mengenai bahagian kiri badan mangsa'. bagaimana pula dengan ayat ini ; saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas 'mengenai' isu pembalakan haram. adakah ayat ini betul atau pun 'mengenai' perlu ditukar kepada 'tentang'. penggunaan mengenai dan tentang terlalu mengelirukan | Kata mengenai dalam ayat peluru itu mengenai mangsanya berfungsi sebagai kata kerja (membawa maksud kena pada). Kata mengenai dalam ayat ...perkara di atas mengenai pembalakan haram berfungsi sebagai kata sendi dan boleh juga bertukar ganti dengan kata sendi tentang. | Tatabahasa | 13.12.2007 |
Pustaka Syuhada 29 JANUARY 23:57 Aslmkm sya ingin mendapat kebenaran menjual buku Peluru petunang dalam eBook a Samad Ismail cetakan kedua 1987. Dimana saya boleh dptkan izin bertulis tertakluk perkiraan royalti. Terima kasih. | Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.01.2017 |
I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih | 1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
APAKAH MADSUD DAN KEPENTINGAN AEROANGKASA | Menurut Kamus Dewan ke-4, Aeroangkasa ialah bidang yang berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas. Dalam era globalisasi, bidang ini penting kerana ia seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. | Makna | 27.12.2007 |
Menurut kamus dewan edisi keempat, sukaneka ialah sukan yang pelbagai jenis. Adakah acara lari berganti-ganti, larian 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh, lompat tali dan lontar peluru digolongkan di bawah acara sukaneka? | Untuk makluman, semua sukan tersebut termasuk dalam golongan sukaneka. | Makna | 25.05.2017 |