Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.cu] | ڤماچو

Definisi : 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg diguna­kan utk menyimpan dan mendapatkan kem­bali data pd cakera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.cu] | ڤماچو

Definisi : 1 perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: Jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dlmnya. 2 faktor, unsur dsb yg memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb: Hasrat kerajaan adalah utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara. ~ cakera bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemacu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
EVOLUSI TEKNOLOGI PEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKATEVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN MASYARAKATLain-lain23.05.2011
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih.

1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut:
Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006  berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran.

2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian.

Istilah03.04.2012
Biteknologi telah diiktiraf sebagai satu daripada proses pemacu utama bangunan Negara pada masa kini dan pada masa hadapan.(TOLONG BETULKAN AYAT INI.TERIMA KASIH.)Biteknologi diiktiraf sebagai salah satu daripada pemacu utama negara pada masa kini dan pada masa hadapan.Tatabahasa02.02.2013
apakah terjemahan untuk 'supper' dlm bahasa melayu? pendrive atau thumdrive dlm istilah BM? Terima kasih.

1. supper - makan lewat malam

2. pendrive - pemacu pena

3. thumb drive - pemacu jari

Istilah16.07.2011
Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandanganBerdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan  bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal.Istilah22.07.2013
Salam sejahtera Apakah istilah baku untuk 'thumb drive' atau 'pen drive' dalam BM? Terima kasih.Secara amnya thumb drive dan pendrive drive sama sahaja fungsinya dan pada wal penggunaannya kedua-dua alat itu diberi padanan pemacu pena. Walau bagaimanpun melihat kepada bentuk yang berbeza kedua-duanya kini diberikan padanan yang berbeza, thumb drive ialah pemacu jari, manakala pen drive ialah pemacu pena.Istilah26.01.2011
Apakah istilah yang ditetapkan untuk pen drive ?Padanan pen drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena.Makna17.06.2010
Apakah perkataan thumb drive (berkaitan dengan IT) dalam bahasa Melayu?Padanan thumb drive dalam bahasa Melayu ialah pemacu pena.Istilah06.01.2009
Apakah padanan kata untuk thumb drive atau pen drive. T. kasih.

Encik Ujang,

Padanan bagi thumb drive ialah pemacu pena. Namun ia hanya digunakan dalam bentuk istilah sahaja. Dalam dalam keadaan tidak rasmi orang akan lebih faham jiak digunakan Thumb Drive.

Istilah24.06.2010
saya nak tahu terjemahan perkataan "usb flash drive:dalam bahasa melayu..terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "usb flash drive" ialah pemacu kilat usb.Istilah01.04.2013
12

Kembali ke atas