Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
pemajuan
pemajuan
[pe.ma.juan] |
ڤماجوان
Definisi :
perihal atau perbuatan memajukan;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ma.juan] |
ڤماجوان
Definisi :
usaha (kegiatan dsb) memajukan.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
pemajuan
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(5)
Kamus Bahasa Inggeris
(2)
Istilah Bahasa Melayu
(21)
Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan
(1)
Pengesahan Bahasa
(3)
Khidmat Nasihat
(4)
Artikel Akhbar
(1)
Ensiklopedia
(1)
Buku
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Salam sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, kami merupakan Pengurus Perunding Projek, Hartanah dan
Pemajuan
. Kami telah diminta oleh pihak Berkuasa Tempatan MBSA untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan terlebih dahulu berhubung permohonan Nama Taman & Jalan sebelum dikemukakan untuk kelulusan. Terdapat tiga cadangan nama taman bagi satu projek perumahan di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu: 1. Taman Tasik Semanggi 2. Taman Tasik Hijau 3. Taman Kehijauan Semanggi Pemilihan nama cadangan ini adalah berdasarkan kepada sejenis bunga (Semanggi) yang merupakan konsep atau lambang bagi sebuah syarikat pemaju. Tapak cadangan ini juga terletak dihadapan sebuah tasik buatan (Kecil). Kami memohon untuk mendapatkan pandangan daripada pihak tuan berhubung cadangan di atas. Pandangan dan bantuan daripada pihak tuan amatlah saya hargai bagi melancarkan proses
pemajuan
cadangan pembangunan tersebut. Terima kasih.
Tuan, daripada segi bahasa penggunaan nama "Taman Tasik Semanggi" dan "Taman Tasik Hijau" betul. Terpulang kepada pihak tuan untuk meilih nama yang lebih sesuai mengikut konteks dan lokasi taman tersebut. Penggunaan "Taman Tasik Hijau" sesuai jika lokasi tama tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok yang menampakkan kehijauan taman tersebut.
Lain-lain
12.12.2014
Tuan, 1. Mohon khidmat nasihat tuan berhubung nama kawasan
pemajuan
yang sesuai, iaitu sama ada: i. Pusat Komersil Intan Sentral; atau ii. Pusat Komersil Sentral Intan. 2. Jabatan saya akan menyediakan sebuah papan penceritaan (Storyboard) berkenaan sejarah Bangunan Mahkamah Lama Teluk Intan, setelah merujuk kepada Jabatan Warisan Negara, pihak kami diminta berhubung dengan pihak DBP berhubung penterjemahan versi Bahasa Inggeris. Nasihat tuan berhubung perkara ini. Terima kasih.
Untuk makluman, perkataan "pusat" dan "sentral" mempunyai maksud yang sama dan tidak boleh diletakkan dalam satu frasa yang sama. Oleh itu, nama yang dicadangkan ialah PUSAT KOMERSIAL INTAN
Tatabahasa
10.09.2014
Apakah terjemahan yang tepat untuk nama khas ini - Blue Economy Advancement Centre. Adakah Pusat
Pemajuan
Ekonomi Biru bertepatan?
Cadangan jawapan yang betul ialah
Pusat Kemajuan Ekonomi Biru
Untuk makluman, padanan perkataan atau istilah ini bergantung pada konteks atau konsep penggunaan ayat mengikut bidang tertentu.
Makna
06.09.2024
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera, Kami dari pihak Wong cs Architect ingin memaklumkan pihak tuan berkenaan Nama yang di pohon bagi nama
pemajuan
pangsapuri. iaitu "SIERRA ANGSANA " . Kami dengan ini meminta jasa baik dari pihak tuan meminta maklum balas dari segi pengunaan bahasa atau pun nama pembangunan " SIERRA ANGSANA " untuk memastikan pelancaran berurusan dengan pihak Majlis Bandaraya tidak di tolak. Dengan itu pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang di berikan oleh pihak tuan. Sekian Terima Kasih
Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa) berserta alasan pemilihan nama tersebut.
Lain-lain
27.04.2017
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...