Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemakaiannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah itu kata serapan?Kata serapan ialah kata yang berasal dari bahasa asing yang sudah sudah diintegrasikan ke dalam suatu bahasa dan diterima pemakaiannya secara umum.Makna09.01.2015
Salam sejahtera, Pegawai-Pegawai DBP. Soalan: Pakaian ini dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda warna dan tanda pangkat. Pakaian ini boleh juga dipakai dalam perbarisan-perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan. Adakah 'di mana' tersalah digunakan dalam ayat penyata tersebut? Hal ini demikian kerana tiada perjumpaan/kekurangan sumber yang boleh dipercayai untuk membuktikan kesalahan tertentu di laman web (Sebagai rujukan). Terima Kasih *100

Penggunaan perkataan di mana dalam konteks ayat yang diberikan tidak betul. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan di mana mempunyai dua fungsi, iaitu:

1. Digunakan untuk menanyakan tempat, perkara dan sebagainya yang tidak diketahui. Contoh dalam ayat, Di mana boleh saya menjual sayur-sayuran ini?
2. Menunjukkan sesuatu dilakukan berdasarkan keupayaan, keperluan dan kesesuaian. Contoh dalam ayat, Sebagai isteri, beliau membantu di mana perlu.

Tatabahasa18.11.2021
Guru sekolah anak saya merujuk kpd buku teks tahun 4, 5 &6 SJK dan mengingatkan murid tahun 6 bhw surat tak rasmi harus dituliskan nama pengirim sebelum alamat pengirim di bhg atas sebelah kiri surat. Saya ingin mendapat kepastian drp anda tentang isu ini sama ada nama pengirim harus ditulis. Terima kasih!Untuk makluman tuan, kandungan buku teks telah disemak oleh panel yang dilantik oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia dan disahkan oleh pihak kementerian. Jika terdapat sebarang kekeliruan, sila rujuk kepada pihak yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kementerian, iaitu guru di sekolah. DBP mengguna pakai pekeliling kerajaan yang pemakaiannya khusus kepada urusan/surat-menyurat rasmi.Lain-lain31.08.2013

Kembali ke atas