Yang mana lebih betul? "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan" | "Serat Diet" dan "Serat Pemakanan", kedua-duanya betul tetapi sebaik-baiknya utamakan bahasa Malaysia, justeru yang terbaik ialah "Serat Pemakanan" | Tatabahasa | 10.10.2007 |
Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan. Di manakah bahagian subjeknya? | Bahagian subjek dalam ayat yang diberikan ialah "Amalkan pemakanan yang seimbang". | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Yang mana lebih senang untuk memahami, "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan"? | yang lebih mudah difahami ialah "Serat Pemakanan", merujuk jenis-jenis makanan | Tatabahasa | 10.10.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan "pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak" dari segi hurufiah dan konseptual.... | Apa yang boleh kami bantu ialah menakrifkan kata demi kata (merujuk Kamus Dewan), iaitu: pengaruh = kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll; iklan = pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll; pemasaran = perihal atau perbuatan memperdagangkan; terhadap = berkenaan, mengenai, tentang; diet = 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll); pemakanan = 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll 2. perbuatan (proses) makan; kanak-kanak = budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun). Untuk maksud keseluruhan frasa sila rujuk artikel atau buku yang ditulis tentang perkara tersebut. | Makna | 02.07.2008 |
kesan, faktor isi ruah dan status pemakanan ke atas kognisi kanak-kanak orang asli | kognisi - cognition kognitif - cognitive kognisi - proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu kognitif - berkaitan dengan kognisi | Lain-lain | 06.06.2007 |
saya ditugaskan untuk menyelaraskan penerbitan modul latihan pemakanan untuk agensi.soalan saya ialah cth: modul pertama telah diterbitkan pada tahun 1996.salah satu modul penulis asal adalah PUAN A, dan pada tahun 2012, modul itu telah ditulis semula PUAN B.tetapi, bila saya go through modul yg ditulis oleh PUAN B, saya dapati gaya bahasa adalah sama seperti yg ditulis oleh PUAN A.PUAN B hanya update beberapa term baru sahaja.jadi, pada pandangan tuan, siapakah penulis modul itu...since kami assign puan B sebagai penulis dan PUAN A sebagai reviewer | Jika gaya bahasa dan isi kandungannya masih sama, kecuali beberapa perkataan/istilah yang hanya dikemaskini, penulis sebenar tetap Puan A. | Lain-lain | 17.04.2012 |
Bolehkah 'health supplements' diterjemahkan sebagai 'makanan tambahan kesihatan'? ataupun 'tambahan pemakanan kesihatan'? | makanan tambahan kesihatan. | Tatabahasa | 04.10.2007 |
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin. | Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.07.2009 |
Di mana saya boleh dapatkan istilah dietetik terkini bahasa melayu-Inggeris dan Inggeris-melayu? | Untuk mendapatkan istilah terkini, sila hubungi bahagian pemakanan dan diet di Kementerian Kesihatan atau jabatan kesihatan yang berkenaan. | Lain-lain | 20.07.2010 |
Assalamualaikum, saya seorang guru sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni visual. saya telah hasilkan sebuah novel grafik /komik berilmiah untuk bacaan kanak-kanak, mempunyai jalan cerita seperti sebuah komik tetapi berteraskan pendidikan pengkhususan nutrien pemakanan, ia telah disemak oleh pegawai zat makanan daerah di sekolah. Adakah pihak tuan boleh mencadangkan bagaimana untuk saya mengetengahkan karya ini ke pasaran? untuk makluman, sebelum ini saya telah pun menghasilkan sebuah novel grafik/ komik yang lain untuk syarikat penerbitan buku Pekan Ilmu Publication, ianya telah diterima, namun hampir 2 tahun ia masih tidak diterbitkan. | Salam Sdr. Yazid, Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku dalam bentuk komik. Sekiranya novel sdr. telah lengkap (teks dan ilustrasi), bolehlah diajukan ke DBP untuk dinilai. Memang pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan karya/buku informatif kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang karya yang telah diberikan kepada syarikat lain (menunggu untuk proses penerbitan). Sila hantar manuskrip kepada Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.06.2012 |