apa itu kaedah pemaknaan? | Encik Mohamad Yusri Secara umumnya ia bermakna cara-cara hendak memberikan makna kepada sesuatau benda atau perkara. Namun untuk penjelasan lanjut harap dapat berikan konteks penggunaannya atau di manakah frasa ini digunakan. Terima kasih. | Makna | 24.03.2010 |
Adakah tepat perkataan signifikasi sebagai terjemahan bagi perkataan signification? | Dalam pangkalan data DBP, istilah bahasa Melayu untuk "signification" ialah penandaan, pemaknaan dan signifikasi. Tuan boleh memilih istilah bahasa Melayu yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 12.02.2016 |
Apakah perbezaan antara perilaku negatif dalam peribahasa melayu dengan konotasi negatif dalam peribahasa melayu? Adakah mempunyai persamaan atau semata perbezaan kepada kedua-dua pemaknaan frasa tersebut? | Perilaku ialah segala perbuatan atau reaksi seseorang terhadap sesuatu rangsangan, tindakan dan sebagainya yang menggambarkan sikap individu tersebut, konotasi ialah idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersurat dan negatif bermaksud sesuatu yang cenderung membawa kesan atau pengaruh yang tidak elok. Peribahasa Melayu pula telah dipraktikkan sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan hasrat dan maksud tertentu. Untuk mendapatlan maklumat tentang perbezaan antara perilaku negatif dengan konotasi negatif dalam peribahasa Melayu, sila rujuk kajian dan makalah yang yang berkaitan. | Tatabahasa | 27.08.2024 |
Salam. Saya ingin menyemak mengenai terjemahan perkataan "Meaning in Life" (MiL) dan "Purpose in Life" (PiL) dalam bahasa Melayu. Adakah terjemahan bagi MiL, menurut pihak DBP, ialah makna dalam hidup/kehidupan atau pemaknaan dalam hidup/kehidupan? Manakala terjemahan bagi PiL pula, tujuan dalam hidup/kehidupan? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Cadangan kami Meaning in Life diterjemahkan kepada "makna kehidupan" dan Purpose in Life diterjemahkan kepada "tujuan kehidupan". Walau bagaimanapun, tuan perlulah menyemak cadangan terjemahan ini dengan konsep yang terkandung dalam perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2022 |
Sejauh mana kepentingan warna dalam kehidupan seharian? atau Sejauh mana signifikasi warna dalam kehidupan seharian? | Sekiranya ada perkataan Melayu yang boleh digunakan lebih baik menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan. Walau bagaimanapun signifikasi lebih membawa maksud "penandaan" atau "pemaknaan" dan bukan "kepentingan".
| Lain-lain | 08.03.2016 |
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, semangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. | Makna | 07.08.2014 |
Hi, saya nak tanya apa maksud berlarut-larut di ayat berlarut-larut berpura-pura sempurna yang dalam lirik lagu Jiwa yang bersedih. Boleh kita gunakannya dalam karangan atau apa ketika peperiksaan? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1256, perkataan berlarut-larut ialah kata kerja tak transitif yang membawa maksud berlarutan. Perkataan berpura-pura (halaman 1777) pula membawa maksud berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan diri seperti seseorang yang bukan dirinya. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam karangan mengikut konteks dan kesesuaian ayat. Dalam konteks lirik yang diajukan, teks tersebut mungkin membawa maksud perlakuan berpura-pura yang berterusan kerana karya sastera mempunyai tafsiran makna yang luas dan tiada had pemaknaan. | Tatabahasa | 30.04.2024 |