Cikgu mengapakah "tertarik akan pemandangan" adalah betul manakala "tertarik kepada pemandangan" dan "tertarik oleh pemandangan" adalah salah? | Ketiga-tiga kata sendi nama tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut, namun frasa yang banyak digunakan ialah "tertarik akan pemandangan". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272, 282 dan 283. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
Cikgu, 1. Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur. 2. Saya tertarik kepada pemandangan malam di Kuala Lumpur. 3. Saya tertarik pemandangan malam di Kuala Lumpur. 4. Saya tertarik oleh pemandangan malam di Kuala Lumpur. Ayat yang manakah barulah betul? Saya fokus akan frasa "tertarik oleh/kepada/akan/tiada kata sendi nama pemandangan malam". | Ayat yang betul ialah "Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur." | Tatabahasa | 10.05.2014 |
Bagi pendapat pihak tuan adakah penggunaan kata penguat dalam ayat berikut adalah betul? Amat terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Amat sungguh terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat terindah pemandangan puau peranginan itu. | Ayat yang betul ialah Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama : sepandai-pandai tupai, setinggi-tinggi gunung ii. ter + kata adjektif : terbaik, tercantik iii. paling + kata adjektif : paling lazat, paling pandai iv. kata adjektif + sekali : besar sekali, cantik sekali v. ter + amat/sungguh + kata adjektif : teramat baik, teramat cantik vi. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali : sungguh tinggi sekali, Untuk makluman saudara, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244 dan 410 . | Tatabahasa | 09.12.2010 |
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian / sangat indah sekali? | Ayat yang tepat ialah Pemandangan di situ sangat indah, Pemandangan di situ indah sekali dan Pemandangan di situ indah nian. | Tatabahasa | 18.02.2019 |
Penggunaan frasa 'landskap pemandangan indah'. adakah betul? | Penggunaan frasa "landskap pemandangan indah" lewah kerana "landskap" juga membawa makna pemandangan dan berlaku penggulangan bagi perkataan yang sama maksud. | Lain-lain | 26.09.2016 |
Ayat-ayat ini betul? Ayat 1: Pemandangan di kampungnya amat indah nian. Ayat 2: Pemandangan di kampungnya begitu indah sekali. Ayat 3: Pemandangan di kampungnya amat indah sekali. | Ketiga-tiga ayat itu betul. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul. | Tatabahasa | 14.12.2012 |
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian. | Frasa yang betul ialah Pemandangan di situ sangat indah atau Pemandangan di situ indah nian. | Lain-lain | 16.11.2010 |
Adakah penggunaan kata penguat dalam ayat ini betul? "Pemandangan tasik itu sungguh amat cantik." | Jawapan yang betul ialah Pemandangan tasik itu sungguh cantik atau Pemandangan tasik itu amat cantik. | Lain-lain | 04.12.2010 |
selamat sejahtera encik. 1. Pemandangan di Taman Negara sangat indah. 1a. Pemandangan Taman Negara sangat indah. perlukah kata sendi nama di dalam ayat 1? Ayat 1a ini betul atau salah jika tiada kata sendi nama di? Harap encik dapat bantu saya. terima kasih. | Ayat yang betul: Pemandangan Taman Negara sangat indah. | Tatabahasa | 03.12.2018 |
Apakah sendi yang betul bagi frasa berikut?,. jatuh cinta _______ pemandangan hutan.... | Kata sendi nama yang sesuai untuk ayat "jatuh cinta... pemandangan hutan..." ialah "pada", iaitu "jatuh cinta pada pemandangan hutan". | Tatabahasa | 03.02.2015 |