Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.kas] | ڤمڠکس

Definisi : 1. perkakas atau alat utk me­mangkas (memotong): ~ rumput; 2. orang yg memangkas, tukang pangkas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.kas] | ڤمڠکس

Definisi : 1 alat, spt gunting yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkas
Kata Terbitan : memangkas, pemangkas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejehtera 1. Abang memangkas pokok bunga dengan pemangkas supaya keadaan halaman rumah menjadi rapi/kemas. Adakah penggunaan "rapi@kemas" dalam ayat tersebut betul ? T.kasihPenggunaan rapi atau kemas dalam ayat tersebut adalah betul.Makna08.04.2019
Apakah perbezaan mencantas dan memangkas serta alat yang digunakan ?Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dll). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.Makna28.01.2014
1. Perkataan "internet" sepatutnya ditulis sbg internet @ Internet? Adakah ia kata nama am @ khas? 2. mencantas rambut & memangkas rambut betul atau salah ? Terima kasih1. Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat.
2. Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dan lain-lain). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.
Makna04.05.2017

Kembali ke atas