Maksud perkataan pemantauan | Pemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. | Makna | 06.10.2010 |
Encik/Cik, Kami ingin membuat permohonan lesen untuk Iklan paparan di depan Hotel. Sebelum kami menghantar pemohonan lesen untuk iklan paparan. Kami ingin mendapat pengesahan tentang kebetulan bahasa and perkataan. 1.Iklan Pertama Bilik Dari RM45+ sehari Sewaan Bulanan dari RM680+ sebulan Sila hubungi 6012 658 0204 2.Iklan Kedua BILIK HARIAN DARI RM45.00* SEWA BULANAN DARI RM680.00* *Pembersihan Mingguan *Internet Wi Fi *Electrik & Air *Dispenser Air *Pemantau CCTV & Perkhidmatan 24 jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat Hadapan Hubungi 6012 658 0204 untuk maklumat lanjut | Berikut merupakan cadangan pembetulan untuk ayat yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesalahan lain yang dinyatakan pada maklum balas iklan, tuan perlulah membuat pembetulan sebagaimana yang dicadangkan oleh pegawai penyemak dan pengesah iklan. 1. Sewa Bilik Harian daripada RM45+ , Bulanan daripada RM680+, Sila Hubungi 60126580204 2. Sewa Bilik Harian daripada RM45.00*, Bulanan daripada RM680.00*, *Pembersihan Mingguan, Internet Wi-Fi, *Elektrik dan Air, Penapis Air, Pemantauan CCTV dan Perkhidmatan 24 Jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat, Hubungi 60126580204 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 10.03.2022 |