salam, saya nak tahu, bagaiman pembahagian entri dalam kamus dewan ditentukan? | Kami kurang jelas dengan pembahagian entri yang dimaksudkan. Sedikit maklumat yang dapat kami salurkan, entri Kamus Dewan dan juga kamus-kamus umum yang lain dibuat berdasarkan akar kata. Kata terbitan dimasukkan di bawah entri yang sama. | Lain-lain | 21.11.2017 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai pembahagian pentadbiran. "Prefecture" dan "province" diterjemahkan sebagai wilayah. Tetapi di negara China, kedua-dua pembahagian tersebut adalah berbeza. Jadi bagaimana hendak membezakannya dalam bahasa Melayu? | Mengikut data kami, dalam bidang geografi dan ekonomi, province ialah wilayah, jajahan, daerah, kawasan, iaitu kawasan geografi dengan keluasan tertentu tetapi lebih kecil daripada benua, yang mempunyai sifat-sifat keseragaman yang boleh dikaji sebagai satu keseluruhan. Terdapat juga data menunjukkan istilah provinsi digunakan untuk merujuk pada province. Bagi istilah prefecture, padanan bahasa Melayu yang digunakan ialah wilayah, daerah dan bahagian. Sehingga kini, kami tidak membezakan penggunaan kedua-duanya secara terperinci mengikut negara seperti yang tuan utarakan. | Istilah | 08.02.2015 |
Salam sejahtera, Apakah pembahagian antonim dalam kata kerja? | Dalam buku Tatabahasa Dewan dan sumber rujukan kami yang lain tidak ada perbincangan tentang tajuk pembahagian antonim dalam kata kerja. | Tatabahasa | 04.09.2008 |
Saya mencari maksud sebenar perkataan berikut :- 1. Rantai Pemerintahan 2. Kuasa 3. Bidang Pengawalan 4. Pembahagian Jabatan | Untuk makluman perkataan rantai pemerintahan, kuasa, bidang pengawalan dan pembahagian jabatan tidak ada dalam daftar istilah kami. Walau bagaimanapun, maksud setiap perkataan boleh dirujuk secara berasingan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya, perkataan 'rantai' diberi beberapa definisi dalam Kamus Dewan bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 14.01.2011 |
maksud waris kadim untuk pembahagian harta pusaka | kerabat, saudara yg dekat | Makna | 21.08.2009 |
Saya ingin pengesahan ejaan dan pembahagian suku kata berikut: 1. Bismillahirahmanirahim 2. Waalaikumussalam | Tidak ada maklumat pembatangan suku kata perkataan tersebut dalam pangkalan data kami. Jika berdasarkan sebutan, mungkin boleh dipenggalkan menjadi Bis.millahi.rahmani.rahim dan Wa.alai.kumus.salam. Perlu diingat ini hanya cadangan bukan ketetapan kerana tiada rumus untuk dirujuk. | Lain-lain | 20.04.2017 |
Apakah ayat yang sesuai bagi pembahagian hari Konvokesyen samada Bahagian atau Sidang? contoh : Bahagian 1, Konvokesyen UM - Canselor Bahagian 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor atau Sidang 1, Konvokesyen UM - Canselor Sidang 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor | Bahagian, Sesi dan Sidang, semuanya boleh digunakan namun lazimnya IPT menggunakan perkataan sidang. | Tatabahasa | 30.04.2015 |
kepada tuan/puan, Persoalan tentang pembahagian golongan kata dalam bahasa Malaysia.. Dalam Bahasa Melayu biasanya golongan kata dibahagikan kepada 4 golongan iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. tetapi dalam bahasa english golongan kata dibahagikan kepada 8 golongan iaitu, kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adverba, kata adjektif, kata sendi nama, kata gabungan dan kata seru. selain itu terdapat bahasa-bahasa lain juga dibahagikan kepada lebih daripada 8 golongan. Persoalan saya ialah mengapa penggolongan kata dalam bahasa melayu dibahagikan kepada 4 golongan yang berdasarkan kriteria endosentrik(kata nama, kerja, adjektif) dan eksosentrik(kata tugas)?. bahasa-bahasa lain seperti dalam bahasa english dan bahasa korea, soalan endosentrik dan eksosentrik juga wujud tetapi mereka masih membahagikan golongan kata mengikut fungsi-fungsi tertentu berdasarkan faktor sintaksis. Disebabkan kata-kata tugas mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, dalam pengajian kita tidak seharusnya menganggapnya sebagai dalam satu golongan. tetapi dalam kebanyakan buku tatabahsa golongan kata terbahagi seperti ini. ini menyebabkan kewujudan satu pertanyaan dalam fikiran saya. Dengan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas balasan surat yang akan datang. sekian terima kasih have a nice day^^ | Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat golongan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif kerana frasa-frasa ini mempunyai satu unsur ini yang dapat menjadi wakil bagi frasanya, manakala frasa eksosentrik ialah frasa yang tidak terdapa unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya, contoh frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 81 dan artikel bertajuk "Konsep Endosentrik dan Eksosentrik" dalam akhbar Berita Harian, 31 Julai 2000 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim. | Tatabahasa | 05.06.2009 |
Selamat pagi, saya ingin bertanya tentang pembahagian suku kata. Berapa suku katakah bagi perkataan seperti 'dua', 'ia', 'dia', 'ialah', 'tua', 'kuih', 'daun'?Saya sangat keliru tentang cara pengiraan suku kata bagi perkataan yang mengandungi vokal berganding. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sama ada satu atau dua suku kata?Sekian, terima kasih. | Suku kata dipenggal seperti yang berikut: (du + a), (I + a), (di + a), (i + a + lah), (tu + a), (ku + ih), (da + un). Vokal berganding dikira sebagai dua suku kata dan hal ini tidak sama seperti diftong yang dikira dalam satu suku kata. | Tatabahasa | 27.06.2013 |
Makna dikotomi | dikotomi: pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan. | Makna | 21.06.2009 |