Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bai.kan]/[pem.bai/.kan] | ڤمباءيقن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan membaiki tanah supaya lebih subur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bai.kan]/[pem.bai/.kan] | ڤمباءيقن

Definisi : hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembaikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat ini tepat? Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada 22 Oktober 2016.Tarikh pembaikan lif dijangka siap pada 22 Oktober 2016.Tatabahasa22.10.2016
Kereta saya berada di bengkel untuk pembaikan. Ayat ini betul ke?Ayat "Kereta saya berada di bengkel untuk pembaikan" adalah betul.

Tatabahasa09.11.2022
Assalamulaikum tuan, Terdapat beberapa kekeliruan dalam saya menggunakan perkataan berikut: - Pembaikan atau Pembaikkan, Penyelenggaraan atau Penyenggaraan, dan Kerosakan atau Kerosakkan. Diharap tuan dapat menguraikan kekeliruan ini. Sekian , terima kasih.Pembaikan yang bermaksud perihal membaikkan atau membaiki; Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu; Kerosakan ialah perihal rosak atau kemusnahan.Ejaan05.05.2008
Tolong menterjemahkan dalam Jawi "PENJUALAN DAN PEMBAIKAN TELEFON BIMBIT" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih.فنجوالن دان فمباءيقن تيليفون بيمبيت -  huruf pa pada ejaan penjualan dan pembaikan hendaklah diletak tiga titikl di atasnya Ejaan13.07.2012
1. kerja-kerja membaiki jalan / kerja-kerja pembaikan jalan telah selesai.Kedua-dua ayat di atas betul.Lain-lain17.03.2010
Salam, Saya Hanifah binti Sabin. Saya telah melakukan pembaikan pada manuskrip novel bertajuk Bukan Noktah Puteri Duyung sebagaimana yang dicadangkan editor. Saya telah menghantar kembali kepada editor pada 11 Mac 2019. Sehingga kini saya belum mendapat maklum balas mengenai perkembangan manuslrip BNPD tersebut.
Tuan,


Berkenaan pertanyaan tuan, dimaklumkan bahawa editor yang menangani manuskrip Noktah Puteri Duyung akan menghubungi tuan berkenaan satus manuskrip tersebut.
Lain-lain09.06.2020
ayat pertama : Namun pengetahuan sains harus digunakan untuk kebaikan / pembaikan dan bukan untuk kemusnahan / pemusnahan. imbuhan mana yang sesuai untuk perkataan baik dan musnah dalam ayat di atas. terima kasihAyat dan penggunaan imbuhan yang tepat ialah "Namun pengetahuan sains harus digunakan untuk tujuan kebaikan dan bukan untuk kemusnahan".Tatabahasa13.08.2015
Saya ingin bertanya bolehkah perkataan yang diringkaskan atau akronim dibenarkan semasa menulis surat rasmi. contohnya.. PEMBAIKAN CERMIN RETAK DI IBU PEJABAT KD PANGLIMA GARANG (KDPG)Lazimnya akronim dibina bagi meringkaskan frasa/entiti yang akan diulang beberapa kali dalam suatu wacana. Contohnya Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Kebangsaan akan diringkaskan menjadi JMBK dan dalam ayat yang seterusnya JMBK yang digunakan. Dalam contoh yang diberikan, kami berpandangan "Ibu Pejabat KD Panglima Garang" sebagai satu entiti dan sekiranya ada keperluan untuk membuat ringkasan perlulah merangkumi keseluruhan kata dalam frasa tersebut.Lain-lain23.09.2024
Adakah "proprietary technology" dalam BM menjadi "proprietary hak milik sendiri" ? (milik syarikat) contoh ayat: "Repairs using our proprietary technology." menjadi "Pembaikan menggunakan tenologi hak milik sendiri" ?

Istilah "proprietary" dalam bahasa Melayu ialah “proprietari” (Perubatan), “tuan punya” (Undang-undang) dan “hak milik” (Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan). 

 

Dalam konteks bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah "proprietary technology" dalam bahasa Melayu ialah “teknologi hak milik”. Walau bagaimanapun, padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang ilmu.

 

Untuk mengetahui ejaan, makna kata atau istilah, pengguna boleh membuat semakan melalui laman sesawang:  www.prpm.dbp.gov.my. 
Istilah11.09.2023
Salam Tuan. Saya ingin mendapatkan pengesahan dan penyemakan penggunaan perkataan bagi jenis aktiviti yang terkandung pada papan iklan. 1. Penyelenggaraan dan Pembaikan Bateri Saya berharap agar pihak DBP dapat memberi maklum balas dengan kadar segera. Terima kasihSila buat permohonan bagi semakan bahasa dalam iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Lain-lain12.09.2018
1234

Kembali ke atas