| Saya ingin bertanya perkembangan manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM"? | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Pengarah Penerbitan, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my. | Lain-lain | 10.02.2017 |
| Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya berkenaan status terkini manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM", memandangkan tarikh akhir status terkini dalam "Penyuntingan" adalah pada 6/6/2014. Saya telah menghantar emel kepada editor yang bertanggungjawab namun tidak mendapat jawapan. Bilakah anggaran masa manuskrip ini akan diterbitkan? Semoga kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan akan memudahkan urusan kita bersama. Sekian. Terima kasih. | Waalaikumussalam. Untuk makluman puan Khidmad Nasihat Bahasa hanya menjawab soalan berkaitan bahasa. Walau bagaimanapun puan boleh cuba menghubungi pentadbiran Bahagian Buku Umum untuk membantu mendapatkan maklumat berkaitan manuskrip puan itu. Sila hubungi talian 03-2147 9426 untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Karya | 28.07.2016 |
| Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya? | Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut: Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
| saya memerlukan Jurnal berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam sumber manusia. | Sila rujuk bahan ini : | Lain-lain | 24.07.2008 |
| Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai penggerak utama pembangunan ekonomi negara. pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara agar dapat berdayasaing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterunya mendapat status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia. | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 01.12.2020 |
| Salam, Saya ingin mengetahui asal-usul perkataan "mampan" (sustainability), maknanya secara etimologi. Terima kasih | Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (tentang ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Walau bagaimanapun tidak terdapat penerangan lanjut etimologi kata tersebut dalam sumber rujukan kami. | Makna | 20.10.2010 |
| apakah yang dimaksudkan kepuasan kerja dalam sukan,budaya kerja dalam sukan,subordinat dalam sukan dan formalisasi dalam sukan. | Sila rujuk artikel majalah dibawah. Terima kasih TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN TERBITAN Atlit Malaysia dan pengurusan sukan | W. R. Jitto | Dewan Budaya | 01/05/1998 Cabaran meningkatkan industri sukan | | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Industri sukan berpotensi luas (diwawancara oleh Amin Shakib) | Khoo Kay Kim | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Ke mana haluan industri sukan? | Amin Shakib | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Perancangan sukan | Shahar Ashari | Dewan Siswa | 01/04/1990 Profesionalisme dalam sukan | Azmi Khairi Zainin | Dewan Masyarakat | 01/10/1994 Profesionalisme penyelamat industri sukan | Afiq Nuradli | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Sukan dan pembangunan negara | Kushel Singh | Dewan Siswa | 01/05/1998 | Lain-lain | 20.07.2008 |
| Mohon pandangan tentang penggunaan istilah 'MAMPAN' dan 'LESTARI' yang merujuk kepada istilah Bahasa Inggeris 'SUSTAINABLE/SUSTAINABILITY' dalam penulisan kertas kerja atau tesis. Istilah mana yang lebih umum dan sesuai serta banyak digunakan? | Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya, manakala lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap dan sering digunakan untuk merujuk keadaaan seperti kelestarian hutan, persekitaran dan lain-lain, iaitu yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal. Berdasarkan huraian tersebut, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks, bidang dan wacana keseluruhan topik yang dibincangkan. | Tatabahasa | 27.04.2012 |
| Mohon bantuan mengenai terjemahan perkataan untuk konsep "social inclusion". Konsep ini bermaksud memastikan semua ahli masyarakat tidak tertinggal/terkesamping dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya. Ia adalah satu konsep kebajikan. Lawan kepada perkataan "Social exclusion". Terima kasih. | "Inclusion" dapat diterjemakan sebagai "rangkuman". Namun begitu, dalam konteks maksud yang Saudara berikan dan dalam bidang ekonomi pembangunan, "social inclusion" boleh diterjemahkan sebagai "penyertaan sosial". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2014 |
| Apakah terjemahan BM untuk fast tracking? Cth ayat: In 2010, the Malaysian government launched ETP, which is a road map for fast-tracking its economic development. Terima kasih. | Kami mencadangkan fast tracking dalam frasa fast-tracking its economic development diterjemahkan kepada pembangunan ekonomi pantas. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |