Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang (biasanya wanita) yg bekerja di rumah seseorang dgn melakukan tugas harian spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan menjaga anak majikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
●6 ●31 ●36 Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. Pembantu rumah itu mengemas rumah ____________majikannya ke tempat kerja. A)setelah B)sampai C)kerana D)sementara Apakah jawapan untuk soalan di atas? Boleh tuan/puan menjelaskan semua empat pilihan untuk soalan ini ? Terima kasih.

Ayat yang bersesuaian ialah “Pembantu rumah itu mengemas rumah setelah majikannya ke tempat kerja.”

Kata “setelah”, “kerana” dan “sementara” merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Kata “sampai” merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 253 dan 421 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1949.

Lain-lain26.01.2024
SALAM.. TOLONG JELASKAN MAKSUD PERKATAAN AMAHAmah bermaksud perempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah atau orang gaji.Makna23.06.2011
apakah perbezaan penggunaan kata “dan” dan “dengan” ?

Perkataan “dan” dan “dengan” mempunyai fungsi yang berbeza dalam ayat walaupun kedua-duanya merupakan kata tugas, sama ada sebagai penghubung, penerang, pembantu, atau tugas-tugas lain.

Perkataan “dan” ialah kata hubung yang digunakan untuk menghubungkan dua kata, frasa atau ayat yang sepadan atau sama tara sifatnya. Contoh penggunaan perkataan “dan” dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Ibu membeli ikan dan sayur. (Kata hubung setara)
  2. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. (Kata hubung gabungan)

Perkataan “dengan” pula ialah kata tugas yang tergolong sebagai kata sendi nama dan kata penyambung ayat atau kata hubung keterangan cara. Penggunaan kata “dengan”  dalam ayat adalah seperti contoh yang berikut:

  1. Siti memotong sayur dengan pisau. (Kata sendi nama)
  2. Ali datang ke sekolah dengan menaiki bas. (Kata hubung keterangan cara)

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan penggunaan kata tugas ini, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 475 dan 506, atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 249.

Tatabahasa20.08.2025

Kembali ke atas