Adakah kata sendi "pada, di, dalam" sesuai digunakan dalam frasa berikut: "pada zaman pembaruan", "di zaman globalisasi", "dalam zaman moden"? Bolehkah "dalam" atau "di" digunakan untuk menunjukkan masa? | Penggunaan yang gramatis ialah pada zaman pembaharuan kerana pada menunjukkan keterangan waktu. Namun penggunaan di zaman pembaharuan dan dalam zaman pembaharuan jika boleh digunakan bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 13.01.2012 |
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan kata "baru" boleh silih berganti dengan "baharu". Namun dalam ayat situasi mana yang sesuai kita gunakan "baru" dan "baharu" untuk membina ayat.Adakah kedua-duanya boleh diguna pakai? Tetapi kenapa dalam proses pengimbuhan kata "baharu" digunakan jika dibanding dengan "baru". Contohnya, pembaharuan, pembaharu, dibaharukan dan sebagainya. Boleh atau tidak kita jadikan " pembaruan", pembaru" "dibarukan" dan sebagainya. Terima Kasih. Tarikh diperlukan jawapan, terpulang kepada pihak tuan. | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah memahaminya, kata "baru" lazimnya merujuk kepada masa dan dalam bahasa Inggeris kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, just now = baru sebentar tadi. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baharu atau dalam bahasa Inggerisnya 'new'.Walau bagaimanpun kata "new" diterjemahkan juga kepada baru, contohnya new car = kereta baharu/baru. Dalam bentuk kata terbitan, kata dasar baharu lebih produktif daripada kata dasar baru seperti membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan, pembaharu, baru-baru dan membarukan. Penggunaan kata terbitan lazimnya berdasarkan contoh penggunaan yang telah ada seperti pembaharu, bukannya pembaru. | Tatabahasa | 10.07.2011 |