Mohon huraian manakah yang betul penggunaanya: -pembasuh mulut -pencuci mulut Terima kasih. | Kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu: pencuci mulut -benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll. pembasuh mulut-minuman atau penganan sesudah makan nasi; | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Saya sekadar ingin memaklumkan kepada DBP tentang kesilapan makna 'desert' yang sepatutnya gurun dan bukan pencuci mulut (dessert) dalam PRPM. Sekian. | desert Definisi : (désert) bp pembasuh mulut, pencuci mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat). dessert Definisi : n /pembasuh, pencuci/ mulut, desert. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, desert ialah bahasa percakapan (bp) yang membawa maksud pembasuh mulut, pencuci mulut. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan pula, desert ialah gurun, padang pasir; (as proper n) Gurun: the Gobi D~, Gurun Gobi; coastal ~, gurun pinggir laut; temperate ~, gurun hawa sederhana; a cultural ~, ketandusan budaya. | Makna | 03.09.2019 |
Salam Apakah istilah dalam Bahasa Melayu untuk yang di bawah ini betul? 1. Dishwasher-safe - Mesin basuh pinggan mangkuk-selamat atau selamat mesin basuh pinggan mangkuk 2. Microwave oven-safe - Ketuhar gelombang mikro-selamat atau selamat ketuhar gelombang mikro Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi dishwasher-safe ialah selamat untuk pembasuh pinggan mangkuk dan microwave oven-safe ialah selamat untuk ketuhar gelombang mikro. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.03.2024 |