Saya ada terlihat di dalam buku teks tahun 4, perkataan "bawa", kata imbuhan pen + an = pembawaan. Soalan saya bagaimana nak terangkan pada anak2 imbuhan pen + bawa + an = pembawaan ? Adakah kata imbuhan "pem" wujud ? Sekian, terima kasih. | Menjawab soalan saudara, imbuhan peN-...-an menjadi pem-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf b, f, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan b. Contohnya seperti pembawaan , pembacaan dan juga pembajakan. Bagi membantu saudarai mendapat penerangan terperinci berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan muka surat 121. | Tatabahasa | 03.04.2007 |
Salam DBP, saya merujuk kepada pantun dari buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua (2005). Pantun bernombor 242: Apa sebab bergelang paun Bambawaran gelang di kaki Apa sebab ke teraun-raun Pembawaan sudahlah di hati Ingin memohon pencerahan kepada istilah 'Bambawaran' di dalam pantun ini. Sudah lama mencari tetapi tidak berjumpa. Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami tidak ada maklumat tentang perkataan "bambawaran" dan hanya ditemukan dalam buku berkenaan. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat. | Tatabahasa | 10.03.2017 |