Slm, berikan saya contoh kata seerti penahanan"" Dan "pertahanan"..? | penahanan seerti dengan pengekangan, pertahanan seerti dengan pembelaan. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk lebih lanjut. | Makna | 18.02.2013 |
Nazairi Zaidi Mar 20th, 9:58am salam DBP, sy nk bertanyakn 1 soalan.. adakah sesuai penggunaan perkataan Pemeliharaan pokok? atau Pemuliharaan pokok? atau kedua-duanya boleh digunakan? adakah pemeliharaan hanya sesuai untuk haiwan sahaja | Pemeliharaan = Perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, pendidikan, penternakan, penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa, dll. Pemuliharaan = perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb.) memulihara (sesuatu). Oleh itu, berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
Apakah perkataan melayu bagi "apologetics" yang bermaksud "reasoned arguments or writings in justification of something, typically a theory or religious doctrine" | Bagi perkataan "apologetics" mengikut maksud yang tuan berikan, pihak kami cadangakan perkataan dalam bahasa Melayu sebagai "doktrin pembelaan". | Makna | 20.03.2020 |
Apa perbezaan penggunaan pemeliharaan dengan pemuliharaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah. | Ejaan | 29.10.2014 |
Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah. | Istilah | 23.12.2010 |
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi? | Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian. Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan. Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran. Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan. | Makna | 28.04.2011 |