As Salam DBP Untuk makluman, saya ada membuat pembayaran secara online untuk pembelian buku Isu-isu Perundangan dalam Kontrak Binaan seperti bukti pembelian di lampiran. Pohon status pembelian buku tersebut. | Salam puan budiman, Terlebih dahulu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana berminat membeli buku terbitan DBP. Dimaklumkan bahawa, berdasarkan maklumat pembayaran yang dilampirkan, Pembelian buku Isu-isu Perundangan dalam Kontrak Binaan tidak dibuat melalui Portal rasmi pembelian buku DBP, iaitu DBPNiaga.my, sebaliknya melalui portal wakil penjual bukudbp.com (Alam Murni Sdn. Bhd.) Oleh itu, puan bolehlah menghubungi Pengarah Urusan Alam Murni, Encik Syed Ibrahim melalui talian telefon, 012-224 2316 untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya. terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan. | Lain-lain | 22.10.2019 |
Sy dh bayar untuk novel korban kasih tapi no respond | Salam sejahtera, Semakan pembelian buku. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, puan boleh menghantar pesanan mesej melalui Facebook DBPNiaga dan kemukakan info pembelian untuk semakan. Atau menghubungi talian seperti yang berikut: Anjung DBP- 03-2147 9597/03-2147 9598 Kompleks DBP Hulu Kelang - 03-41010028 / 019-2141956 Atau klik pautan ini, https:3a//dbpniaga.my// | Lain-lain | 29.05.2020 |
Salam sejahtera, Bagaimanakah kaedah untuk saya perolehi ebook yang bertajuk Atlas Budaya Islam? Saya lampirkan informasi berkaitan ebook tersebut. | Salam sejahtera, Untuk maklumam, carian dan pembelian buku secara e-Book DBP boleh diperolehi melalui aplikasi e-Sentral. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.04.2020 |
Che' Nor Nov 23rd, 9:46am Assalamualaikum.. merujuk kpd pembelian buku d DBP.. sehingga kini sy tidak menerima sebarang buku dari pihak tuan.. harap maklum. kerjasama amat dperlukan. Maklumat penting Shipping Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Billing Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Your order is confirm RHB Bank Name : Alam Murni Sdn. Bhd. Account Number : 21242400031720 Email: payment@dbp.gov.my Order : Topologi RM7.50 Calendar in Islamic Civilization Modern RM12.50 Langganan Majalah DBP RM60.50 Seni Bina Islam Berdasarkan Seni Bina Organik dan Nilai Islamiah RM28.00 Total : RM108.50 Shipping : RM5.50 Taxe : RM0.00 Total : RM114.00 | Kami panjangkan aduan tuan kepada pegawai di Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 23.11.2015 |
Amyra Suryatie KamaruzzanView Profile Actions 10:04AM Amyra Suryatie Kamaruzzan Amyra macam mana nak beli buka secara online? | Untuk tempahan dan urusan pembelian buku, sila hubungi Kedai Buku melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 31.05.2016 |
dimana atau bagaimana saya boleh dapatkan buku PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI --- PENDETA ZAABA. Saya tinggal di Terengganu. Sekian. Terimakasih | Pembelian buku DBP juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila layari laman web kami atau hubungi Bahagian Pemasaran DBP melalui pegawai Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.12.2015 |
Siti Rahimah SAT 3:31PM Aslmlkm...saya nak tanya..saya dah buat pembelian buku DBP secara atas talian..saya pilih bank deposit..lepas saya sudah bankin..perlu ke saya email slip bank atau x payah? Harap pihak en dapat balas..sbb saya memerlukan sangat buku tu secepat mungkin..saya xnak buku tu x sampai pada saya.. Harap pihak en faham.. | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 16.07.2016 |
Saya ingin bertanya sama ada buku Bawang Putih Bawang Merah oleh Rubaidin Siwar (terbitan DBP, 1980, 2002) masih dalam jualan? Atau ada naskhah lama yang boleh saya beli? | Tuan boleh melayari laman https://dbpniaga.my/contact-us untuk pertanyaan dan pembelian buku terbitan DBP. | Lain-lain | 02.09.2019 |
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih. | Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.04.2020 |
Hamizi HabriView Profile Actions 11:58AM Hamizi Habri Hamizi Assalamualaikum admin, maaf mengganggu.. boleh saya tahu judul judul di bawah ini adakah akan diulangcetak ? Jika ya dimana saya boleh mendapatkannya ? 1. Mitos Pribumi Malas 2. Intelektual masyarakat membangun 3. Rasuah : sifat, sebab & fungsi Kesemuanya karya Prof. Syed Hussein Al Attas | Untuk tempahan dan urusan pembelian buku, sila hubungi Kedai Buku melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 31.05.2016 |