Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.ri.ta] | ڤمبريتا

Definisi : orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.ri.ta] | ڤمبريتا

Definisi : orang yg memberitakan atau yg membuat laporan ttg sesuatu: Sekembalinya dr Mekah, beliau telah dikerumuni oleh ~-~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberita


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''.

Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita.

Lain-lain12.04.2010
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab?Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan mak­lumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyia­sat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains.

Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. 

Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb);
Makna22.09.2013
• New option to customize the extensions for MetaTexis documents and cleaned/final version 1. Saya ingin bantuan untuk perkataan CUSTOMIZE dalam BM 2. Freelance dalam BM Terima kasih daun keladi.Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, "customize" mungkin bermaksud "untuk disesuaikan dengan'. "Freelance"bermaksud bekerja bebas. Dalam istilah bidang Komunikasi, padanan bahasa Melayu untuk "freelance" ialah pemberita bebas.Istilah26.09.2013

Kembali ke atas