Apakah padanan bahasa Melayu untuk "hand sanitizer". Saya dapati ada yang menggunakan sebagai "pensanitasi tangan", namun kebanyakan orang mencondongkan frasa "hand sanitizer" tersebut. Sanitasi bermaksud membersihkan (kata kerja), namun saya tidak pernah jumpa orang menggunakan "pembersih tangan" sebagai padanan "hand sanitizer". Mohon panduan dan nasihat. Terima kasih. | Untuk makluman, setelah perbincangan dibuat, setakat ini pihak DBP memutuskan perkataan “hand sanitizer” diberikan padanan dalam bahasa Melayu sebagai “pensanitasi tangan”. Sesuatu perkataan asing itu dicondongkan sekiranya tidak terdapat perkataan dalam bahasa Melayu. Sekiranya ada, maka perkataan dalam bahasa Melayu itu hendaklah digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.03.2020 |