Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.tu.lan] | ڤمبتولن

Definisi : perihal (perbuatan, kerja, dsb) membetulkan: ~ kesalahan itu boleh dibuat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.tu.lan] | ڤمبتولن

Definisi : perbuatan atau hal membetulkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembetulan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pembetulan telah dibuat. Tolong sahkan. Terima kasih.Tuan/Puan telah salah tempat menghantar iklan, sila ke domain (ruangan) sistem pengesaha bahasa.Lain-lain30.04.2013
Pembetulan telah dibuat. Tolong sahkan.Tuan/Puan telah salah tempat menghantar iklan, sila ke domain (ruangan) sistem pengesaha bahasa.Lain-lain30.04.2013
Pembetulan telah dibuat. Tolong sahkan.Terima kasih.Tuan/Puan telah salah tempat menghantar iklan, sila ke domain (ruangan) sistem pengesaha bahasa.Lain-lain30.04.2013
pembetulan tatabahasa ayat: 1) bergantung kepada guru 2) sejak akhir ini

1. Bergantung pada.

2. Sejak akhir-akhir ini

Tatabahasa30.10.2009
pembetulan ayat - 'masing-masing 0.2 peratus atau 0.2 peratus masing-masing'Masing-masing 0.2 peratus.Tatabahasa14.08.2008
Pembetulan pada soalan. 'Kerana' ialah kata hubung pancangan keterang musabab. Harap maklumDalam Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu ms 241, kerana ialah kata hubung pancangan keterangan.Tatabahasa12.08.2007
Salam, pembetulan bagi soalan sebentar tadi, kertas peperiksaan UPSR SJK 2012. Harap maaf atas kesilapan menaip. Terima kasih.Terima kasih atas makluman saudara.Tatabahasa27.05.2013
Salam, pembetulan bagi soalan yang diajukan semalam. Soalan yang sebenar ialah: "Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'demi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya demi menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Pandangan tuan betul, kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun perlu diingat kata "demi" juga boleh berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Dalam ayat contoh yang diberikan kata "demi" berfungsi sebagai kata keterangan.Tatabahasa23.05.2013
Mohon pembetulan 2 ayat di bawah Kejohan ini kembali lagi PADA tahun ini atau Kejohan ini kembali lagi BAGI tahun ini PADA yang berminat untuk menyertai atau BAGI yang berminat untuk menyertaiKejohan atau Kejohanan? Saya andaikan perkataan sebenarnya ialah Kejohanan. Ayat yang betul ialah Kejohanan ini kembali lagi pada tahun ini. Bagi yang berminat untuk menyertai...Tatabahasa27.04.2011
minta pembetulan karangan surat ini. Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian perkara diatas. 2. Merujuk kepada surat tuan bertarikh pada 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14 memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA. 3. Sukacita saya maklumkan seperti berikut :- 3.1. Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawabpan. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010. 3.2. Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawabpan. 4. Dengan ini saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar,

Encik Abdul Rahim,

Tuan,

PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh  21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14, memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA dirujuk.

2.     Sukacita saya maklumkan seperti yang berikut :-  

                     2.1   Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawapan.

                     2.2    Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawapan

3.   Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010

4.    Untuk makluman tuan saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera.

 Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

.

 

Lain-lain01.10.2010
12345678910

Kembali ke atas