yang manakah tepat ? 1. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 2. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bolehkah pembetung digantikan dengan pembentung? Alang-alang menyeluk pekasam membawa maksud jika sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. masyarakat pula secara umumnya menerima peribahasa ini seperti peribahasa alang-alang mandi biar basah. Adakah penggunaan ini tepat? | 1. Untuk makluman, peribahasa yang tepat ialah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 2. Pembetung tidak boleh digantikan dengan pembentung. 3. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu iaitu sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat Melayu, peribahsa itu sering disamakan dengan alang-alang mandi biar basah. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada konteks penggunaannya ketika itu.
| Tatabahasa | 22.10.2015 |
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentungan | Pembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah. | Makna | 29.10.2009 |
Salam... Saya ingin kepastian mana yang betul ejaannya, PEMBENTUNG ATAU PEMBETUNG | Ejaan yang betul ialah pembetung, iaitu saluran atau parit daripada konkrit dan lain-lain bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api. | Ejaan | 10.11.2009 |
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"? | Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat. | Tatabahasa | 01.11.2009 |
Tuan, Mana satukah yang betul? 1) Bulat air kerana pembetung, ... atau 2) Bulat air kerana pembentung, ...? Terima kasih. | Peribahasa yang dirakamkan dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat". | Lain-lain | 13.09.2011 |
maksud (1) Demografi dan Biografi (2) Bulat air kerana pembetung ............. (mohon berikan peribahasa ini dengan penuh) | DEmografi ialah kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk dalam tempoh tertentu. Biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Peribahasa lengkap : Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. | Makna | 08.07.2008 |
EJAAN SEBENAR UNTUK BENTUNG | Ejaan sebenar ialah betung yang bermaksud besar, misalnya sejenis buluh yang besar ataupun pembetung, iaitu saluran atau parit daripada konkrit dan sebagainya, di bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api. | Ejaan | 04.11.2011 |
Apakah maksud perkataan lurang | Lurang bermaksud lubang konkrit bertutup di jalan utk membolehkan pekerja memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran. | Makna | 21.08.2007 |
Apakah istilah ini dalam bahasa melayu? 1)egress window , 2)sewage line dan sewer line 3)sump pump (adakah ia sama dengan pump sump?) | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. egress window - tingkap laluan keluar 2. sewage line - talian kumbahan 3. sewer line - talian pembetung 4. pump sump - takungan pam | Istilah | 29.01.2017 |
Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju. | 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa; Melentur biarlah waktu rebung. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan yang terpermanai. 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni. 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk mencapai negara yang bertamadun. | Tatabahasa | 24.08.2018 |