salam sejahtera tuan, kemusykilan saya; 1. adakah 'differentiation strategy' boleh diterjemahkan kpd strategi pembezaan atau strategi perbezaan? 'differentiation strategy' merupakan strategi yg dgunakan oleh syarikat bagi menampilkan imej dan kualiti produk/servis yg berbeza. 2. adakah 'low cost strategy' boleh diterjemahkan kepada strategi kos rendah. 'low cost strategy' merupakan strategi syarikat untuk menawarkan harga rendah kepada pelanggan. terima kasih. | 1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "differentiation strategy". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "differentiation" ialah pembezaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah strategi pembezaan. 2. Istilah bahasa Melayu untuk "low cost strategy" ialah strategi kos rendah. | Istilah | 21.02.2013 |
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih. | Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web. | Makna | 25.06.2010 |
Hi Tuan / Puan, Apakah pembezaan antara membincang dengan berbincang? Terima Kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdanam, membincang bermaksud membicarakan sesuatu secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah atau isu , mencapai keputusan dan sebagainya. Berbincang pula bermaksud bercakap-cakap dengan seseorang tentang sesuatu perkara penting bagi menyelesaikan isu atau masalah atau mencapai keputusan dan sebagainya. | Lain-lain | 17.09.2023 |
Assalamualaikum, Bolehkah saya buat pembezaan antara pesewa dan penyewa? - Pesewa: orang yang memberi sewa harta miliknya - Penyewa: orang yang menyewa harta tersebut Adakah ini melanggar apa - apa hukum tatabahasa? | Waalaikumussalam... Dalam data kami istilah pesewa tidak wujud. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud penyewa ialah orang yang menyewa sesebuah rumah tersebut. Istilah yang sesuai bagi merujuk kepada pemilik rumah sewa tersebut ialah pemunya menurut Kamus Pelajar Edisi Keempat yang bermaksud yang empunya, yang mempunyai, pemilik atau empunya. | Makna | 22.12.2016 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang kata singkatan untuk gelaran doktor. Apakah ada pembezaan untuk membezakan cara ejaan gelaran "Dr" (doktor) untuk doktor perubatan dengan doktor falsafah? | Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sapaan ditulis menggunakan titik. Dr. merupakan singkatan perkataan Doktor. Doktor menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 537 ialah gelaran atau panggilan bagi orang yang mempunyai kelayakan untuk mengamalkan perubatan atau mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pengajian di pusat pengajian tinggi. | Tatabahasa | 08.11.2024 |
Penggunaan ialah atau adalah: "Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah/adalah banyak kenderaan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya." 1. Penggunaan yang mana lebih tepat: ialah atau adalah di dalam ayat di atas dan 2. Minta penerangan pembezaan ialah dan adalah dalam penggunaan. Tk. | 1. Penggunaan “ialah” lebih sesuai. Namun begitu, ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut: “Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah bilangan kenderaan yang banyak dan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya.” 2. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, “ialah” dan “adalah” tergolong dalam kata pemeri. Penggunaan “ialah” hadir di hadapan frasa nama seperti contoh ayat yang berikut: i. Antara perkara yang dibiacarakan dalam buku ini ialah masalah moral negara. (frasa nama) Manakala “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut: i. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (frasa adjektif) ii. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. (frasa sendi nama) Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 29.08.2017 |
Saudara, Apakah istilah-istilah berikut dalam Bahasa Malaysia? 1. tranferable skill 2. classroom management 3. progression & differentiation 4. sequencing 5. computer control Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN | Istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. kemahiran boleh pindah milik 2. pengurusan bilik darjah 3. pergerakan dan pembezaan. 4. penderetan/penjujukan 5. kawalan komputer. | Istilah | 19.11.2009 |
Saya dan pelajar telah menjalankan kajian mengenai "COMPUTATIONAL STUDIES IN A CLASS OF NONLINEAR FRACTIONAL DIFFERENTIAL EQUATIONS". Saya ingin mendapat nasihat mengenai tajuk kajian ini di dalam Bahasa Malaysia yang betul "KAJIAN PENGIRAAN BAGI SUATU KELAS PERSAMAAN PEMBEZA PECAHAN TAK LINEAR" terima kasih. | Frasa yang betul ialah "KAJIAN PENGIRAAN DALAM KELAS PERSAMAAN PEMBEZAAN PECAHAN TAK LINEAR". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.06.2015 |
bezakan analisis naratif dengan kritikan sastera | Analisis bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. Seluruh karya itu dicerakinkan kepada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan untuk menentukan bentuk, mencari keseimbangan penggunaan, hubungan, dan sebagainya. Jelasnya, proses analisis terhadap sesebuah karya itu terletak terutamanya pada pembezaan dan penelitian yang berasingan terhadap beberapa bahagian atau unsur dan hubungan antara bahagian-bahagian/unsur-unsur tersebut. Naratif pula ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Oleh yang demikian, analisis naratif ialah penghuraian terhadap sesebuah karya. Kritikan sastera ialah cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengkelas, menghurai dan menilai karya kesusasteraan. | Lain-lain | 23.04.2010 |
Saya pelajar Komunikasi di UIAM Gombak. Beberapa minggu yang lepas saya ada bertanya mengenai buku ini, tetapi tiada sebarang jawapan. Bolehkah saya mendapat salinan buku ini, elektronik atau cetak. Hal ini demikian kerana saya tidak dapat mencari buku ini di mana-mana perpustakaan berdekatan. Buku tersebut ialah: Penulis, Ishak Shari. Tahun dikeluarkan 1990. Tajuk, Ekonomi nelayan: Pengumpulan modal, perubahan teknologi dan pembezaan ekonomi. Dicetak di Kuala Lumpur, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Sila berhubung terus dengan Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Jika tiada dalam senarai pasaran Kedai Buku DBP, tuan boleh hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP di talian 03-21479000. | Lain-lain | 19.05.2015 |