salam.saya igin kepastian utk ayat2 ini.pilihan jwpn trdiri dr 2 jwpn.ayat2nya ialah : I. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? II. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? III. Mengapa kita harus berkumpul di bilik makmal komputer? IV. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Murni? | Jawapan yang betula ialah I. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? dan IV. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Murni? | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih. | Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu: 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 3. 6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada penyidai. 8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas badan sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENTERNAKAN KHINZIR MENGIKUT BAHASA KAMUS DEWAN BAHASA? | PENTERNAKAN : perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; KHINZIR : babi. | Makna | 03.02.2009 |
1)Advanced Reproductive Biotechnology Lab artificial insemination & embrio collection area, semen collection area, sperm lab,cold room, blood processing area,visitor room,multimedia room,garage. 2)Advanced Reproductive Biotechnology Office manager room, conference room, officer area, surau, pantry, waiting area. 3)Veterinary Lab/ISO Office veterinary room, ISO Office, Pantry. 4)Central Performance testing (CPT) 5)Store 6)Cattle Shed | 1)Makmal Bioteknologi Pembiakan ruang permanian beradas dan pungutan embrio,bilik bilik pungutan semen makmal sperma, bilik sejuk, ruang pemprosesan darah, bilik pelawat, bilik multimedia, garaj. 2)Pejabat Bioteknologi Pembiakan Lanjutan bilik pengurus, bilik persidangan,ruang pejabat, surau, pantri, ruang menunggu. 3)Makmal Veterinar/Pejabat ISO bilik vaterinar, Pejabat ISO, Pantri. 4)Ujian Prestasi Berpusat (UPB) 5)Stor 6)Kandang Lembu. | Istilah | 25.11.2011 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
apa pengertian baka, gen, jenitik, dan keturunan | Baka ialah keluarga (yang menurunkan), atau asal keturunan. Gen ialah sebahagian daripada juzuk sel pada benda hidup, yang mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yang berkenaan. Genetik (bukan jenitik) bermaksud;1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen; 2. berkenaan pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. Keturunan bermaksud anak cucu, baka, zuriat. | Makna | 22.07.2009 |