Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembolehubah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu tajuk yang betul, tentang penggunaan antara, di antara dan terhadap. analisis kebersebaban granger antara pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia. @ analisis kebersebaban granger di antara pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia @ analisis kebersebaban granger terhadap pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar MalaysiaCadangan kami: Analisis kebersebaban granger terhadap pemboleh ubah indeks harga pengeluar Malaysia.Tatabahasa04.01.2024
Assalam.. penulisan pembolehubah yang betul? pemboleh ubah atau pembolehubah

Ejaan yang betul ialah pemboleh ubah.

Ejaan26.01.2015
Selamat petang, saya ingin pastikan yg mana betul; pembolehubah atau pemboleh ubah, terima kasihEjaan yang betul ialah pemboleh ubah.Ejaan30.08.2013
Apakah istilah yang sesuai bagi perkataan "enabler" seperti dalam penggunaan "value propositions and enablers"? Adakah "pembolehubah" sesuai digunakan? Terima kasih atas nasihat.Data dalam rujukan kami, terdapat perkataan enable yang diterjemahkan sebagai pemboleh dan kebolehan. Berdasarkan konteks penggunaan, cadangan kami ialah pemboleh jika bersesuaian dengan penggunaan dalam bidang.  Penyemakan dan penterjemahan19.03.2018
mohon untuk terjemahkan penggunaan perkataan adaptive selling behavior dan latent variable dalam bahasa melayuTerjemahan latent variable ialah pembolehubah pendam, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Matematik. Walau bagaimanapun tidak ada padanan bagi adaptive selling behaviour . Sila kemukakan cadangan terjemahan (jika ada) atau konsep penggunaan frasa tersebut untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2015
Salam sejahtera, Mohon pencerahan cara menulis perkataan "pemboleh ubah". Dalam bahagian Khidmat Nasihat "pemboleh ubah" adalah betul. Tetapi bahagian: 1. Kamus BI 2. Istilah MABBIM 3. Istilah Malaysia menunjukkan cara menulis yang berlainan iaitu "pembolehubah". Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah pemboleh ubah.Ejaan23.08.2017
As salam, Saya sedang membuat penulisan tesis. Terdapat term statistik yang saya tidak pasti terjemahannya dalam Bahasa Melayu iaitu: “Nilai pekali ini akan dikira dalam bentuk eksponential atau boleh juga dipanggil odds ratio. Odds ratio dalam analisis regresi logistik akan menjelaskan peluang responden yang memiliki nilai pekali yang tinggi pada pembolehubah tidak bersandar, maka peluang untuk berjaya ialah sebesar eksponential”. Terjemahan bagi perkataan “odds ratio”? Mohon bantuan. Terima kasih.Berdasarkan data kami, padanan untuk odds ratio ialah nisbah ganjil dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan.

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=odds+ratio&d=28648&#LIHATSINI
Penyemakan dan penterjemahan19.11.2020

Kembali ke atas