Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti, antaranya: - Mesyuarat 3 kali setahun. - Menyediakan JK Kajian Tindakan. Adakah perlu digunakan huruf besar ( M ) dan noktah untuk 2 frasa di atas . | Ayat yang betul ialah " Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti antaranya; mesyuarat 3 kali setahun dan menyediakan JK Kajian Tindakan. " | Tatabahasa | 04.12.2009 |
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau. | Tatabahasa | 26.09.2007 |
Apakah persamaan dan perbezaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dengan Bahasa Melayu Baku? | Pada umumnya, konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I - VII, Prosiding Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, dan Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-2 2006 yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. | Tatabahasa | 07.01.2013 |