Salam. Saya nak tanya untuk penggunaan Pembugaran. Adakah menggunakan Pembugaran atau Pemugaran? Ada perbezaan ke? Terima kasih | Perkataan yang betul ialah pemugaran yang bermaksud pemulihan semula, pembaikan kembali, pembaharuan atau perihal memugar seperti membuka dan mengusahakan tanah. | Makna | 24.02.2023 |
Ada atau tidak bagi perkataan pembugaran?. Jika ada mohon berikan penjelasan. Sebab saya terlibat dengan program nilam. Ramai yang gunakan perkataan pembugaran nilam... Adakah perkataan ini sesuai digunakan untuk dibuat banting? | “Pembugaran” berasal daripada kata dasar “bugar” yang bermaksud segar atau sangat sihat (Kamus Dewan Edisi Keempat). Konteks Pembugaran Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) boleh digunakan pada paparan kain rentang, gegantung dan seumpamanya. | Lain-lain | 21.04.2022 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk saya alihbahasakan "Dance Revival" kepada bahasa Malaysia? Bolehkah saya menggunakan perkataan "Penglahiran Semula Tari" atau "Pementasan Semula Tari" ? Saya ingin menggunakan perkataan ini untuk tujuan tesis saya dalam bidang etnokoreologi dengan topik Tarian Tradisional Sabah. | Kami mencadangkan padanan terjemahan frasa "Dance Revival" dalam bahasa Melayu ialah "Pembugaran Semula Tarian". Walau bagaimanapun, saudara digalakkan berbincang dengan penyelia tesis saudara untuk mendapatkan padanan yang lebih tepat berdasarkan konteks yang saudara fahami. | Istilah | 19.07.2009 |