Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ingin mencari istilah yang tepat dalam bahasa melayu bagi PROOF OF CONCEPT (POC)..Adakah Pembuktian Konsep boleh merujuk tepat kepada POC... terima kasih A proof of concept (POC) or a proof of principle is a realization of a certain method or idea to demonstrate its feasibility, or a demonstration in principle, whose purpose is to verify that some concept or theory has the potential of being used. A proof of concept is usually small and may or may not be complete. | Cadangan terjemahan proof of concept kepada pembuktian konsep boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2015 |
assalamualaikum tuan/puan yang dihormati, saya kurang pasti jika tajuk artikel saya ini sesuai atau tidak dalam konteks penggunaan kata 'jati diri' tajuk artikel: keberkesanan kerja projek dalam membentuk jati diri pelajar terima kasih . | Mengikut Kamus Dewan, jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa; identiti. Tajuk ini yang puan cadangkan terlalu umum. Tajuk ini sesuai sekiranya puan memperincikan bidang dalam kerja projek, dan yang paling penting puan harus berjaya mengaitkan perkara ini: Bagaimana keberkesanan kerja projek (dalam bidang tersebut) dapat membentuk jati diri pelajar? Dan tidak kurang penting juga puan harus dapat membuat pembuktian dalam perkara ini. | Makna | 02.03.2014 |