Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bung.ku.san] | ڤمبوڠکوسن

Definisi : perbuatan (proses) membungkus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bung.ku.san] | ڤمبوڠکوسن

Definisi : perihal, perbuatan, proses dsb membungkus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembungkusan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum..boleh jelaskan tentang makna perkataan "pembungkusan"?Pembungkusan ialah perihal atau proses membungkus, lihat pembungkusan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pembungkusan untuk maklumat lanjut.Tatabahasa30.07.2012
Di atas pembungkusan pek promosi, kami ingin mencari perkataan lain untuk menggantikan perkataan "Percuma 20g", sila berikan cadangan.Cadangan kami bagi menggantikan frasa Percuma 20 gram ialah Lebih 20 gram dan Tambahan 20 gram.Tatabahasa02.03.2015
I.Pemulaun II.Pengesyoran III.Pengangkutan IV.Pembungkusan. Soalan : Yang manakah kata dasarnya terdiri drp KN?? bagaimana nak kenal pasti?? TQVM DBP2. Pengesyoran, 3. Pengangkutan dan 4. Pembungkusan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan.Tatabahasa29.05.2011
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan satu persoalan, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata nama? Mengapa? I : Pemulauan II : Pengesyoran III: Pengangkutan IV : Pembungkusan

Jika yang dimaksudkan ialah kata dasar ada dua perkataan iaitu pengangkutan - kata dasarnya angkutan dan pembungkusan - kata dasarnya bungkus. Jika merujuk kata akar hanya satu sahaja iaitu pembungkusan - bungkus. Sila rujuk pihak yang menyediakan/menerbitkan soalan tersebut untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa26.05.2011
Adakah perkataan di bawah merupakan kata dasar yang terdiri daripada Kata Nama 1- Pemulauan 2- Pengesyoran 3- Pengangkutan 4- Pembungkusan Boleh jelaskan TQVMKata dasar ialah kata kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. jawapan kepada soalan saudara ialah: 2. Pengesyoran (syor sama makna dengan cadangan - kata nama), 3. Pengangkutan (angkutan - kata nama) dan 4. Pembungkusan (bungkus - kata nama). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu DewanTatabahasa27.05.2011
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan nama bagi bekas pembungkusan "clamshell". Bekas ini digunakan untuk meletak roti.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi bekas clamshell ialah bekas berbentuk tiram.Penyemakan dan penterjemahan19.03.2015
Saya ingin mencari translation LED Packaging yang berlandaskan saintifik/industri. Packaging yang dimakusdkan ada lah seperti rekabentuk package sesuatu komponen. Pembungkusan adalah translation yang tidak selari dengan maksud sebenar.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pakej LED. Istilah20.06.2008
salam.mohon nasihat pihak tuan mengenai terjemahan bagi perkataan "Item Parceling in Structural Equation Modeling". sekian terima kasihPadanan bagi "Item Parceling in Structural Equation Modeling" ialah Pembungkusan Item dalam Pemodelan Persamaan Berstruktur atau Pengkelompokan Item dalm Pemodelan Persamaan Berstruktur. Sesuaikan frasa mengikut konteks ayat yang digunakan.Istilah16.07.2019
saya nama tohiroh kipan pelajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna bungkus terimakasihMenurut data kami, perkataan bungkus bermaksud 1 penjodoh bilangan untuk sesuatu yang dibalut dengan kertas dan sebagainya: Tolong belikan saya rokok dua ~. 2 apa-apa yang digunakan untuk membalut: Apakah yang ada di dalam ~ kertas itu? membungkus membalut sesuatu dengan kertas dan lain-lain supaya tidak kelihatan: Emak saya sedang ~ nasi lemak dengan daun pisang. bungkusan sesuatu yang sudah dibungkus: Setiap ~ yang dibawa akan diperiksa oleh pihak kastam. pembungkusan perihal, perbuatan, proses dan sebagainya membungkus. pembungkus sesuatu (kertas, kain dan sebagainya) yang digunakan untuk membungkus. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=BUNGKUSMakna09.11.2015

Kembali ke atas