Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembunuh nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan ironi sama dengan kesan. adakah ia membawa maksud yang baik atau tidak

Menurut Kamus Dewan Perdana (2020) ironi mempunyai dua takrifan:

1. Kejadian atau keadaan yang berlaku sebaliknya, bertentangan daripada jangkaan atau kebiasaan

Contoh ayat: Ironinya pada masa sekarang, mentaliti orang Melayu sudah bertukar kpd materialisme dan bukannya utk kebajikan akhirat.

2. Sindiran yang terselindung dalam ucapan atau kata-kata manis

Contoh ayat: Edi yakin bahawa pujian temannya itu tidak mengandungi ironi.

Manakala kesan mempunyai lima takrifan:

1. Sesuatu kebaikan atau keburukan yang timbul selepas berlakunya sesuatu kejadian

Contoh ayat: Hujan yang turun berturut-turut selama tiga hari itu menimbulkan kesan buruk pada kampung kami.

2. Tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh seseorang atau sesuatu

Contoh ayat: Polis mencari kesan yang mungkin ditinggalkan oleh pembunuh Samy.

3. Sesuatu yang mempengaruhi pemikiran, perasaan, perwatakan dan sebagainya seseorang

Contoh ayat: Menonton filem seram meninggalkan kesan takut kepada sesetengah kanak-kanak.

4. Hasil yang diperoleh daripada sesuatu

Contoh ayat: Kesan daripada kongres bahasa itu merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli bahasa di Indonesia dan Malaysia.

5. lihat mengesan

Berdasarkan takrifan-takrifan yang dinyatakan di atas, ironi dan kesan berbeza maksud dan konteks. Kedua-dua perkataan ini mempunyai fungsi dan makna tersendiri dalam bahasa.


Makna20.04.2025

Kembali ke atas