Saya memerlukan pengesahan tentang istilah stakeholder kerana saya dapati penerangan/jawapan yang ada di sini: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pemegang+taruh&d=175768LIHATSINI seolah-olah bercanggah antara satu-sama lain. Carian saya juga mendapati "pemegang taruh" sangat meluas digunakan dalam bidang pengurusan. Bolehkah saya tahu mana satu istilah yang sepatutnya digunakan (wajib/ pilihan). Terima kasih. Saya juga ingin cadangkan agar laman PRPM ini selalu dikemas kini. Jika ada perubahan semasa, padamkan semua entri lama / jawapan lama yang sudah obsolete/lapuk. Saya dapati banyak orang tersalah dan kekeliruan berlaku disebabkan terlalu banyak maklumat lapuk pada PRPM, temasuk pecanggahan pada laman-lama yang berbeza - bergantung pada cara carian dibuat. Dan menjadi masalah apabila orang-orang bidang bahasa berpegang pada sesuatu yang kurang tepat, hasil carian di PRPM. Harap cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "stakeholder" ialah pemegang taruh dan pihak berkepentingan. Perkataan pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran. Ribuan terima kasih atas cadangan puan dan kami sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat. | Istilah | 24.09.2021 |
Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan? | stakeholder | n 1. (in betting, race) pemegang taruh; 2. (leg.) pemegang amanah harta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan | stakeholder | pihak berkepentingan | Pentadbiran | Pengurusan | - | Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. | Makna | 26.03.2018 |
Apakah maksud yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah Bahasa Inggeris ini "stakeholders"? | Dalam bahasa Melayu, "stakeholder" dipanggil sebagai pemegang taruh. | Makna | 08.08.2018 |
Bolehkah saya menterjemah "stakeholder" dalam bahasa Melayu sebagai "Pemegang kepentingan"? | Stakeholder ialah pemegang taruh atau pemegang amanah. | Makna | 25.08.2006 |
Minta jasa baik pihak tuan untuk semak terjemahan ini, High quality products and services through continual improvement (Produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui penambahbaikan yang berterusan) Timely delivery of products and services (Penghantaran produk dan perkhidmatan mengikut masa yang ditetapkan) Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements (Amalan perniagaan yang mampan untuk memenuhi keperluan semua pemegang taruh) | Terjemahan tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. High quality products and services through continual improvement. Produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui penambahbaikan berterusan. 2. Timely delivery of products and services. Penghantaran produk dan perkhidmatan tepat pada masanya. 3. Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements. Kelestarian amalan perniagaan untuk memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, terjemahan tersebut perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam teks yang dimaksudkan. Untuk pertanyaan yang akan datang, mohon kemukakan satu pertanyaan dalam satu medan soalan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2025 |