lampiran | Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu: 1. secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan penggunaan kata pemeri ialah, 2. secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah. Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. Hujan merupakan perumpamaan bagi al-Quran. 2. Bunyi petir merupakan perumpamaan bagi larangan yang ada di dalam al-Quran. 3. Sinaran kilat itu merupakan perumpamaan di dalam al-Quran. 4. Sinaran kilat itu merupakan perumpamaan bagi kebenaran yang kadang-kadang muncul untuk mereka, manakala menutup telinga kerana kerasnya bunyi petir merupakan perumpamaan bagi sikap mereka yang berpaling daripada kebenaran dan keengganan mereka menerimanya. Tidak semua ayat memerlukan penggunaan kata pemeri. Contohnya, “Pegawai kerajaan merupakan 30% daripada penyumbang utama zakat.” Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1918 menghuraikan makna bagi perkataan “merupakan”, iaitu menjadi atau bertindak sebagai. Perkataan di dalam yang digunakan dalam ayat tersebut tepat dan boleh digunakan. Pihak kami hanya menyemak aspek tatabahasa. Kami tidak menyemak dan mengesahkan fakta dalam ayat yang dinyatakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 263 hingga 265. | Tatabahasa | 23.12.2024 |
Adakah perkataan berikut telah dijadikan perkataan 8ahasa 0elayu dan apakah maknanya? 1. Evidens 2. Deskriptor 3. Teselasi | Kata evidens dan deskriptor tidak ada dalam bahasa Melayu. Padanan kata evidence dalam bahasa Melayu ialah bukti atau keterangan, descriptor ialah pemerihal atau penerang dan istilah teselasi digunakan dalam bidang matematik. | Istilah | 21.09.2011 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Bunga raya Bunga Kebangsaan. 2. Bunga raya ialah Bunga Kebangsaan. Boleh berikan penjelasan mengapa kita perlu letak "ialah" sekiranya ayat 2 sahaja yang betul? Terima kasih. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: Bunga raya ialah bunga kebangsaan. "Ialah" merupakan kata pemeri yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.10.2018 |
Assalamualaikum, saya ada soalan berkaitan penggunaan kata pemeri. 1. Maksud beradu adalah tidur. 2. Maksud beradu ialah tidur. 3. Beradu bermaksud tidur. Berdasarkan ketiga-tiga ayat ini, ayat yang manakah yang betul? Tidur merupakan kata kerja. Jadi, kata pemeri sepatutnya tidak boleh digunakan. | Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri tidak boleh hadir (digunakan) di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat yang betul ialah, “Beradu bermaksud tidur”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 263 dan laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 04.06.2024 |
1. Bolehkah menggunakan perkataan 'untuk ' sebagai memulakan ayat ? 2. Bolehkah menggunakan ungkapan ' pertama-tamanya ' untuk memulakan ucapan ? 3. Bolehkah memulakan surat rasmi dengan Adalah dimaklumkan ? | Sdr. Ahmad Norisham, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Bagi soalan 1 dan 2 perkataan untuk dan pertama-tama boleh digunakan sekiranya ia digunakan dalam permulaan ucapan atau untuk penulisan iklan atau pemakluman. Manakala Adalah dimaklumkan - tidak boleh. Perkataan adalag ialah kata pemeri, yakni unsur yang menjadi pemerihal atau penghubung antara subjek dengan kata atau rangkai kata utama dalam predikat. Ayat ini seharusnya ditulis Dengan segala hormatnya/ dengan ini dimaklumkan.... Terima kasih | Tatabahasa | 15.04.2009 |