Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ri/.sa] | ڤمريقسا

Definisi : orang yg memeriksa: ~ kira-kira. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ri/.sa] | ڤمريقسا

Definisi : orang yg memeriksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
periksa
Kata Terbitan : memeriksa, peperiksaan, pemeriksaan, pemeriksa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memerlukan maksud dalam bahasa melayu yang paling tepat bagi istilah berikut: 1. severity - penggunaan istilah ini menunjukkan pemeriksa/penilai yang tegas. 2. leniency - penggunaan istilah ini menunjukkan pemeriksa yang pemurah atau baik hatiDBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk konteks yang diberikan. Kami berpendapat perkataan tegas, pemurah atau baik hati boleh digunakan dalam konteks yang diberikan.Istilah07.03.2016
Ini soalan ulangan: Isunya cara mengira jumlah perkataan. Pemeriksa BM PMR dan SPM mengira nama khas “Selangor Darul Ehsan” satu perkataan. Pada saya, ada tiga perkataan, iaitu “Selangor”, “Darul” dan “Ehsan”. Siapakah yang DBP kata betul: saya atau pemeriksa BM PMR dan SPM?Untuk makluman kami menilai pertanyaan saudara dari sudut kerja penyuntingan. Selangor Darul Ehsan dikira sebagai tiga perkataan tetapi berdiri sebagai satu entiti. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk pihak yang berkenaan, terima kasih.Lain-lain28.01.2009
1. Sekiranya 'untuk' boleh digunakan pada pangkal ayat, mengapakah pula pemeriksa UPSR tidak menerima ayat bermula dengan 'untuk'. Apakah rasionalnya, sedangkan sekolah menengah memang boleh? 2. Adik berlari dengan pantas. Adik berlari dengan pantasnya. Kedua-dua ayat ini mana satu yang betul.1. Perkataan "untuk" boleh digunakan pada  permulaan ayat. Contoh:  Untuk siapakah hadiah itu? DBP tidak mempunyai maklumat mengenai soalan dan jawapan yang diterima dalam peperiksaan UPSR.

2. Ayat yang betul ialah Adik berlari dengan pantas.
Tatabahasa06.07.2016
Salam tuan. Sudah lama saya tidak berinteraksi di sini. Saya merupakan seorang pemeriksa kertas UPSR Bahasa Melayu. Apa yang ingin saya tanya di sini ialah mengenai dasar yang dipegang oleh DBP yang ada antaranya berbeza dengan LPM. Antaranya, DBP menyatakan bahawa kata ganti nama 'ia' tidak boleh diguna pakai untuk selain daripada manusia tetapi LPM menyatakan ini adalah betul berdasarkan apa yang terdapat dalam Kamus Dewan. Apabila saya merujuk Kamus Dewan dan membaca kenyataannya, maka pendapat LPM itu sama dengan apa yang terdapat dalam Kamus Dewan iaitu KGN 'ia' boleh diguna untuk objek selain daripada manusia. Dalam satu perkara yang lain pula, mereka di LPM menolak penggunaan 'kita semua', 'kami semua' atau 'mereka semua' dengan alasan kata bilangan yang membawa maksud banyak tidak boleh hadir serentak sedangkan Khidmat nasihat DBP menyatakan betul. Di sinilah kekeliruan yang timbul antara DBP dengan LPM. Mohon nasihat dan pendapat tuan.Kata ganti nama ia boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang.  Frasa kami semua, kita semua, mereka semua, kalian semua boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan walaupun perkataan kami, kita, mereka sudah menunjukkan unsur jamak. Tatabahasa05.12.2009
Saya sedang menyiapkan tesis Master di UPM. Masalah saya ialah mengenai tajuk tesis yang dicadangkan oleh penal pemeriksa. Tajuk yang dicadangkan ialah : "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PERSEKITARAN SEKOLAH DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH" tajuk saya ialah "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DENGAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH". Oleh itu saya minta jasa tuan bagi menentukan tajuk yang manakah lebih tepat.Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada kajian yang dijalankan.Tatabahasa20.08.2013
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYUMerinyu ialah orangbyang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor.Makna28.03.2008
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU?Merinyu ialah orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor.Makna28.03.2008
Apa maksud Inspektorat dan contoh penggunaan ayat

Saudara Kaszila,

Maksud 'inspectorate' ialah badan jemaah pemeriksa. Dalam konteks sekolah ialah jemaah nazir. Contoh ayat: Jemaah Nazir Sekolah merupakan salah satu bahagian penting di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.  

Makna17.07.2009
Salam sejatera. Saya medapati ramai guru sering menegaskan bahawa perkataan yang indah dan klasik tidak patut digunakan dalam PMR atau SPM tetapi saya berpendapat bahawa pelajar perlu dipupuk untuk mempelajari dan mencintai bahasa melayu demi memartabatkan bahasa kebangsaan kita bukan merisaukan tanggapan pemeriksa semata-mata . Jika pelajar tidak dapat meggunakan perkataan bahasa melayu yang berkualiti dalam peperiksaan, mereka tidak dapat menggunakannya lagi selepas alam persekolahan. Rentetan daripada itu, banyak perkataan bahasa melayu tidak akan dikenali oleh rakyat kita sendiri dalam dunia yang semakin meminggirkan tradisi. Pelajar sering dimomokkan dengan tanggapan pemeriksa yang tidak gemar melihat perkataan indah atau klasik justeru menyebabkan mereka tidak ingin mempelajari perkataan baru dan berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki. Jika setiap pelajar perlu menjadikan kamus dbp sebagai rujukan utama, apa salanya jika menggunakan perkataan yang terdapat dalam kamus yang menjadi akar tunjang kepada bahasa melayu? Jika benar perkataan sedemikian tidak wajar digunakan, mengapakah perkataan ini wujud dalam kamus? Jika perkataan bombastik tidak sesuai dalam karangan peperiksaan, bilakah perkataan-perkataan ini sesuai digunakan? Tujuan saya bukan untuk berperang pena tetapi sebagai anak malaysia yang bertanggungjawab saya agak risau akan situasi ini. Saya berharap pihak dbp dapat memberi penjelasan. Sekian. Bahasa Jiwa Bangsa

Penulisan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Kekuatan kosa kata yang baru atau melankolik tidak menjamin penulisan yang baik.

Istilah17.08.2010
Saya ingin bertanya tentang penggunan istilah: 1. Ujian Lisan 2. Ujian Lisan Bertutur 3. Ujian Lisan Mendengar Adakah istilah 2 dan 3 wujud sedangkan Lisan bermakna bertutur dan mendengar.Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan, frasa Ujian Lisan telah merangkumi maksud bertutur dan pemeriksa mendengar apa yang diucapkan.Tatabahasa17.07.2014
12

Kembali ke atas