Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ri/.sa.an] | ڤمريقساءن

Definisi : 1. perbuatan memeriksa, pe­nyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd meme­riksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ri/.sa.an] | ڤمريقساءن

Definisi : perbuatan atau hal memeriksa: Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu selalu mengadakan ~ ke atas kilang-kilang yg mengeluarkan getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
periksa
Kata Terbitan : memeriksa, peperiksaan, pemeriksaan, pemeriksa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pemeriksaan iklan untuk tayangan media digital1. Sila betulkan Nafas Baru kepada Kehidupan Baharu
2. Sila betulkan ejaan Ramadhan kepada Ramadan (pada setiap tempat yang berkaitan)
3. Betulkan ayat seperti berikut: Ramadan sebagai titik mula untuk berhenti merokok
4. Betulkan Infoline kepada Talian Utama

5. Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan/kain rentang/gegantung?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,  kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan yang telah dibuat pembetulan seperti yang dicadangkan di atas. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain13.04.2018
Pemeriksaan bahasa untuk BillboardPUSAT JANTUNG DAN TAPAK TANGAN BERPELUHEjaan20.11.2013
pemeriksaan analitik?Analitik ialah Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.Istilah26.04.2010
Beberapa orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar akan ________ di kawasan sungai yang dicemari oleh najis khinzir. "melakukan pemeriksaan" ATAU "melaksanakan pemeriksaan", manakah jawapan yang paling tepat?Jawapan yang paling tepat ialah melakukan pemeriksaan.Tatabahasa04.07.2013
Mohon pemeriksaan terhadap file yg dilampirkan utk pencetakan banting

1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan
2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018

Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Lain-lain30.05.2018
Mohon untuk pemeriksaan ayat Dalam Banting Yang dilampirkan1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan
2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018

Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain30.05.2018
Salam sejahtera. Bolehkah saya menterjemah istilah "ward round" dalam bidang perubatan, sebagai pemeriksaan di sekeliling wad? Terima kasih.Kata umum boleh diterjemahkan mengikut konteks ayat tersebut, seperti ward round boleh diterjemahkan kepada pemeriksaan di wad jika merujuk pemeriksaan yang dilakukan kepada pesakit di wad berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan29.04.2014
Ali membuat pemeriksaan kesihatan dengan pegawai kesihatan. Tolong semak ayat di atas

Ayat yang betul ialah Ali mendapatkan  pemeriksaan kesihatan daripada pegawai kesihatan.  

Tatabahasa11.04.2019
Pak Majid ditarik gerainya oleh penguatkuasa majlis perbandaran dalam operasi pemeriksaan lesen peniaga-peniaga kecil di pasar minggu. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini dan bagaimana membetulkannya? TQ)Ayat yang diberikan kurang tepat maknanya kerana lazimnya dalam operasi pemeriksaan lesen, pegawai memeriksa sama ada peniaga mempunyai lesen atau sebaliknya. Ayat ini sepatutnya berbunyi "Pak Majid tidak dibenarkan berniaga kerana tidak mempunyai lesen oleh penguatkuasa majlis perbandaran dalam operasi pemeriksaan lesen peniaga-peniaga kecil di pasar minggu". Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.Tatabahasa15.08.2011
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan sedang menjalankan pemeriksaan kenderaan di Jalan Utama. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK tunjuk ajar munsyi.Ayat Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan sedang menjalankan pemeriksaan kenderaan di Jalan Utama betul.Tatabahasa18.05.2012
123456

Kembali ke atas