Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
periksa
Kata Terbitan : memeriksa, peperiksaan, pemeriksaan, pemeriksa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai maksud ayat dan penggunaan dua koma dalam ayat di bawah. Pegawai Jabtan ini boleh menjalankan, atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. Adakah ayat di atas bermaksud seperti dua ayat di bawah : 1. Pegawai JAS boleh menjalankan atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. (tanpa koma selepas menjalankan) dan 2. Pegawai JAS boleh menjalankan semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini ( tanpa atas perbelanjaan pengilang ) Maklum balas tuan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Maksud ayat tersebut sama dengan yang pertama, iaitu Pegawai JAS boleh menjalankan atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. Ayat tersebut juga boleh dibuat seperti ini: Pegawai JAS boleh menjalankan semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini dengan perbelanjaan pengilang.Makna19.02.2010
Sila rujuk lampiran fail. Terima kasih. soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Bolehkah saya tahu mengapa sekeping wang kertas dan bukannya sehelai wang kertas; sedangkan penjodoh bilangan bagi kertas ialah sehelai? Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? - Doktor Aminah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. - Nenek saya menjalani pemeriksaan berkala di hospital kerajaan.
  1. Penjodoh bilangan untuk wang kertas ialah sekeping. Ini kerana wang kertas berbentuk nipis atau pipih. Sedangkan penjodoh bilangan sehelai sesuai digunakan untuk benda yang nipis dan lebar.
  2. Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul dari segi penggunaan tatabahasanya.
Tatabahasa27.02.2019
1) Sehelai atau sekeping kertas? 2) Sekeping atau sehelai wang kertas? 3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala ke atas nenek saya. (Gramatis?) 4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (Gramatis?)Jawapan soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Jawapan soalan (4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (ayat yang gramatis). Tatabahasa22.02.2019
pemeriksaan iklan untuk tayangan media digital1. Sila betulkan Nafas Baru kepada Kehidupan Baharu
2. Sila betulkan ejaan Ramadhan kepada Ramadan (pada setiap tempat yang berkaitan)
3. Betulkan ayat seperti berikut: Ramadan sebagai titik mula untuk berhenti merokok
4. Betulkan Infoline kepada Talian Utama

5. Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan/kain rentang/gegantung?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,  kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan yang telah dibuat pembetulan seperti yang dicadangkan di atas. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain13.04.2018
Mohon untuk pemeriksaan ayat Dalam Banting Yang dilampirkan1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan
2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018

Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain30.05.2018
Mohon pemeriksaan terhadap file yg dilampirkan utk pencetakan banting

1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan
2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018

Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Lain-lain30.05.2018
Salam 1Bahasa, 1. Terjemahan perkataan 'check-point' dan 'explorace' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Mengapakah ayat "Kamu harus bertindak dengan secepat yang mungkin." memerlukan kata hubung pancangan relatif 'yang'? 3. Ayat "Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar yang segera" atau "Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera", yanag manakah yang gramatis? 4. Ayat yang manakah sesuai untuk dijadikan cap getah "Diakui salinan yang betul" atau "Diperakukan salinan yang betul"? Terima kasih.1. check point = Tempat pemeriksaan , explorace = Penerokaan

2.  Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

3. Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera.

4. Diperakukan salinan yang betul.
Tatabahasa18.01.2013
Adakah ayat berikut betul dan jika salah sila nyatakan alasannya dan ayat yang betul. 1. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanaka autistik ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah. 2. Ini sering menyebabkan... 3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan. 4.Dari seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga-keluarga profesional. 5. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Sdr. de miraz, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

berikut diberikan ayat yang telah dibaiki untuk perhatian Sdr.

 1. Ahli keluarga perlu tabah dan sabar menghadapi kanak-kanak autistik ini. Mereka perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi menghadapi masalah seperti ini. Oleh sebab  banyak perhatian perlu diberikan kepada kanak-kanak seperti ini ia mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga sendiri anak sepenuh masa di rumah.  2. Ini sering menyebabkan...  3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan.  4.Daripada  seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisme boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi, walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisme sering terdapat dalam kalangan keluarga-keluarga profesional.  5. Autisme ialah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan kanak-kanak yang menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering dijalankan tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses diagnosis.

 

Tatabahasa24.02.2009
(1) Salam tuan...sering kali kita mendengar orang menggunakan perkataan 'potluck' untuk makan beramai-ramai.Apa istilah bahasa Melayu yang paling tepat untuk menggantikan perkataan ini? Begitu juga perkataan 'check point' untuk acara merentas desa. (2) Kebiasaan saya dapati orang menulis b. untuk bin dan bt. untuk binti.Adakah cara penulisan tersebut betul?Harap dapat membantu.T.kasih tuan.1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan.
2. Istilah untuk "check point" ialah tempat pemeriksaan.
3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt.
Istilah28.04.2012
1. Adakah betul ayat ini " Saya tersenyum apabila tiap kali pulang..." perkataan tiap bukankah sepatutnya ditukar kepada perkataan setiap atau tiap-tiap kerana perkataan tiap tidak mempunyai maksud. Tlg jelaskan alasannya. 2. nyatakan sebab kesalahan penggunaan bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu? sebagai contoh : Saya perlu bergerak ke check point seterusnya. 3. Adakah titian Siratul Mustaqim kata pinjaman arab dalam bahasa Melayu? Berikan alasan yang jelas. 4. "RAKAN saya" adakah ayat ini boleh dikatakan kesalahan bahasa kerana menggunakan huruf besar?1. Klausa tersebut betul kerana tiap sama maknanya dengan setiap dan tiap-tiap.
2. Terjemahan check point dalam bahasa Melayu ialah tempat pemeriksaan. Oleh itu, penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam ayat tersebut menjadikan bahasa yang bercampur-campur atau disebut bahasa rojak.
3. Perkataan siratalmustakim dipinjam daripada bahasa Arab.
4. Kesalahan penggunaan tanda baca. Perkataan rakan ialah kata umum dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali apabila kesemua perkataan ditulis dengan huruf besar.  
Tatabahasa23.03.2012
12

Kembali ke atas