Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ti/] | ڤمتيق

Definisi : 1. orang yg memetik; 2. petikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ti/] | ڤمتيق

Definisi : 1 orang yg memetik: ~ daun teh. 2 benda yg dipetik ketika menembak dll; picu. 3 suis lampu dll: ~ api alat utk memasang api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petik
Kata Terbitan : memetik, petikan, pemetik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.Saya ingin mendapatkan penggunaan sebenar Penjodoh bilangan untuk pemetik apisebuah pemetik api, namun ada kala penjodoh bilangan tidak diperlukan.

contoh : 1. Saya membeli sebuah pemetik api.
            2.  Saya membeli pemetik api.

Kedua-dua ayat di atas adalah tepat penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.
Tatabahasa13.08.2012
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya?

Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza.

Tatabahasa05.02.2008
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereeka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual. 2. najis kelawar dikenali sebagai 'guano". satu pemetik kata atau dua?)

Cadangan jawapannya yang betul  adalah seperti yang berikut:

  1. Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual.
  2. Najis kelawar dikenali sebagai "guano".
Tatabahasa06.12.2018

Kembali ke atas