maksud perkataan citation dalam bahasa melayu | Padanan bahasa Melayu bagi citation ialah pemetikan, penyedutan, petikan, sedutan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 02.03.2010 |
1) Manakah yang lebih sesuai; "Dari Wikipedia bahasa Melayu", atau "Daripada Wikipedia bahasa Melayu"? 2) Di manakah boleh saya temukan panduan untuk pemetikan (citation) dalam bahasa Melayu? Segala usaha saya dahului dengan terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Daripada Wikipedia bahasa Melayu". Tidak ada panduan khusus untuk mengambil petikan dalam naskhah bahasa Melayu. Apa yang boleh kami bantu, saudara boleh layari laman web kami dan taipkan perkataan/frasa yang berkaitan dengan petikan yang hendak dicari, pangkalan data kami akan mengeluarkan sumber yang berkaitan (jika ada) dari buku, artikel atau karya penulisan. | Tatabahasa | 27.01.2011 |