Penggunaan perkataan manakah yang tepat? Perpindahan antara Syarikat atau Pemindahan antara Syarikat? Perpindahan atau Pemindahan? | Mengikut Kamus Dewan, kata perpindahan bermaksud perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan. Kata pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan). Dalam istilah perniagaan, pemindahan ialah padanan bagi transference. Daripada keterangan ini, perpindahan antara syarikat merujuk pada peralihan syarikat boleh digunakan manakala pemindahan syarikat pula secara fizikal dipindahkan. Mohon kemukakan konteks penggunaan yang diperlukan agar kami dapat memberikan cadangan lain yang memenuhi keperluan pihak anda. | Istilah | 02.09.2014 |
tuan, Doktor ini menjalani pemindahan buah pinggang ke atas pesakit itu. adakah ayat ini betul? TQ | Ayat yang betul ialah Doktor menjalankan pemindahan buah pinggang terhadap pesakit itu. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan ke atas pesakit itu. tuan, adakah ke atas boleh digunakan? tq | Ayat yang betul ialah Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu. Farasa ke atas digunakan apabila merujuk tempat. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai pemotongan suku kata. Contoh "pemindahan", pemotongan suku kata : pemindah-an atau peminda-han? Apakah syarat-syarat pemotongan suku kata. | Penggal suku kata bagi perkataan pemindahan ialah pe.min.dah.an, iaitu kv.kvk.kvk.vk. Untuk maklumat terperinci tentang penggalan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. | Tatabahasa | 28.03.2012 |
Salam sejahtera, Mohon bantuan pihak DBP untuk memberi penerangan dan nyatakan perbezaan bagi frasa "pemindahan wang" dan "pindahan wang"? Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan maksud pemindahan ialah perbuatan atau hal memindahkan. Manakala maksud pindahan pula ialah barang (harta dll) yang dipindahkan (hasil daripada perbuatan pemindahan). | Tatabahasa | 31.10.2018 |
Salam DBP, "Perpindahan" Cawangan Alor Setar atau "Pemindahan" Cawangan Alor Setar? Mohon pencerahan dan berikan contoh ayat untuk penggunaan perkataan kedua-duanya. Terima kasih. | Perpindahan ialah hal berpindah, perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan. Ayat Perpindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar adalah ayat yang betul, jika tajuk pemakluman. Pemindahan ialah perbuatan atau hal memindahkan, mengalihkan, secara fizikal dipindahkan. Contoh ayat: Pemindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar dari Jalan Desa ke Jalan Meranti akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2018. | Makna | 13.02.2018 |
Tuan, Mohon kepastian daripada tuan. Pepatah sebenar : Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. Pegar: sejenis burung/ayam yang makan serangga dan bijirin. Kesilapan pegar menjadi pagar kerana pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Pepatah kedua : Bagai melepas BATOK ditangga. Batok: tempurung yang digunakan menceduk air.Mencuci kaki di tangga. Kesilapan batok menjadi batuk, kerana proses pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Harap tuan dapat mengesahkan maklumat ini. Terima kasih. | Pendapat (kedua-dua peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali peribahasa (asal) yang kita ketahui. | Tatabahasa | 30.12.2011 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders" diterjemahkan sebagai "Kontrak Penerimaan dan Pemindahan Pesanan Semata-mata"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan ayat dalam bidang perbankan. Sumber: https://www.emissions-euets.com/internal-electricity-market-glossary/758-execution-of-orders-on-behalf-of-clients-mifid-definitions Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Kami mencadangkan Kontrak penerimaan dan pemindahan/penghantaran pesanan sahaja bagi Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
apakah bahasa antara, pemindahan bahasa dan pengaruh bahasa? sekiranya mengkaji penulisan bagi ketiga-tiga aspek tersebut, apakah perbezaan kaedah menganalisis? | Dicadangkan soalan ini dikemukakan kepada pakar bidang Linguistik di IPTA bagi mendapatkan jawapan tepat. | Lain-lain | 13.01.2007 |
Bolehkah Title Transfer Collateral Arrangement diterjemahkan kepada Pengaturan Cagaran Pemindahan Hak Milik?Terima kasih | Dalam data kami collateral bermaksud cagaran atau sandaran. Jika konteks yang dimaksudkan ialah cagaran, maka terjemahan yang dicadangkan boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2018 |