Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.sah] | ڤميسه

Definisi : 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.sah] | ڤميسه

Definisi : sesuatu yg memisahkan atau yg menceraikan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila?Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan.Makna10.06.2008
Apakah maksud rangkaian kata“jurang pemisah”? Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati (jurang pemisah) antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam,hati lain-lain.Jurang pemisah bermaksud hal atau keadaan yang memisahkan antara satu golongan dengan golongan yang lain kerana  berbeza pendapat, agama, fahaman politik  dan lain-lain. Makna02.08.2021
Selamat sejahtera, Apakah kata pemeri yang sesuai digunakan sebelum frasa kerja? Ayat contoh: Pemisah antara seorang lelaki dengan kesyirikan dan kekufuran ialah/adalah meninggalkan solat. Terima kasih.Kata pemeri yang sesuai dalam ayat tersebut ialah: Pemisah antara seorang lelaki dengan kesyirikan dan kekufuran ialah meninggalkan solat.Tatabahasa16.07.2022
Saya ingin mencari istilah untuk alat yang dipanggil "floor splitter plate". Alat ini digunakan untuk mengurangkan pusaran di dalam aliran pengambilan pam. Tanpa pemasangan alat ini, aliran pam akan menjadi berpusar. Saya cuba menterjemahkannya kepada "plat pemisah aliran lantai" berdasarkan terjemahan DBP untuk split = pisah, plate = plat dan floor = lantai. Saya tambahkan perkataan aliran bagi menunjukkan alat tersebut digunakan untuk memisahkan aliran air dan bukan lantai walaupun terma asal tiada perkataan flow = aliran. Apakah pandangan DBP berkenaan istilah ini? Adakah boleh diterjemahkan atau perlu digunakan terma asal di dalam Bahasa Inggeris? Saya sertakan gambarajah yang menunjukkan alat tersebut untuk membantu pemahaman. Terima kasih.Istilah bahasa Inggeris floor splitter plate boleh diberikan padanan plat pemisah aliran lantai dalam bahasa Melayu. Kami bersetuju tanpa ‘aliran’ makna istilah ini tidak akan mengelirukan kerana ‘pemisah lantai’ berbeza dengan ‘pemisah aliran lantai.'Ejaan25.02.2019
PENGGUNAAN TANDA KOMA (,)TANDA KOMA BERFUNGSI SEBAGAI UNSUR PEMISAHLain-lain13.10.2010
Salam Sejahtera tuan/puan. Bolehkah tuan/puan jelaskan cara menggunakan tanda baca koma sebagai pemisah ayat atau klausa

Antara fungsi tanda koma sebagai:

 

1.    Memisahkan unsur kata dan frasa yang berurutan.

Contoh: Bendera itu berjalur merah, putih dan biru.

 

2.    Memisahkan beberapa ayat setara.

Contoh: Pelita itu dinyalakan, dibawa masuk ke bilik tidur, diletakkan di   hujung katil.

 

3.    Memisahkan klausa utama daripada keterangan tambahan yang bermula dengan “iaitu”, “yakni” dan “misalnya”.

Contoh: Ada dua warna yang selalu menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan kuning langsat.

 

4.    Memisahkan klausa komplemen, atau frasa klausa dan keterangan daripada ayat induk (dalam ayat songsang).

Contoh: Jika hujan lebat, pertunjukan itu terpaksa dibatalkan.

 

5.    Memisahkan kata atau ungkapan yang diulang.

Contoh: Tiada lain yang dibuatnya, melainkan menangis, menangis, menangis!

 

6.    Memisahkan ayat petikan langsung. 

Contoh: Katanya, “Esok kita pulang.”

 

7.    Memisahkan kata nama atau frasa nama daripada frasa penjelasan yang mengikutinya.

Contoh: Dia ke kota dengan kereta abangnya, Proton Perdana hitam.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 109 – 113.

Ejaan05.07.2024
Diminta jasa baik /tuanpuan untuk mengesahkan atau membetulkan mana-mana terjemahan yang tidak tepat. Untuk pengetahuan pihak puan, ini adalah permintaan dari pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Equipment description Perihal Peralatan Slug Catcher Penangkap Slug By Pass Vessel Pengandung Pirau Gas Scrubber Penggosok Gas Launcher/ Receiver Pelancar/Penerima HP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan HP By Pass Flash Separator Pemisah Kilat Pirau LP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan LP Fuel Gas Scrubber Penggosok Gas Bahan Api HP Flare Scrubber Peggosok Api HP Foam Tank Tangki Busa Sekali lagi, jasa pihak tuan/puan amat dihargai.Soalan saudara ini tidak jelas dan senarai istilah tidak tersusun. Walau bagaimanapun, kami telah menjawab soalan ini pada soalan no.17068.Istilah20.02.2010
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih.Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Tatabahasa23.07.2013
Salam, Apakah tanda baca yang betul untuk memisahkan hari, bulan, dan tahun bagi tarikh dalam format ringkas? Adakah tanda sempang sebagai pemisah (cth. 29-3-2023) atau tanda garis miring (29/3/2023). Bagaimana pula jika format ringkas yang digunakan bagi tarikh hanya melibatkan hari dan bulan, atau bulan dan tahun: adakah ditulis sebagai 29-3 atau 29/3 (untuk hari dan bulan), dan 3-2023 atau 3/2023 (untuk bulan dan tahun)? Terima kasih.

Pihak DBP tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tarikh. Lazimnya, kedua-dua cara penulisan tarikh tersebut boleh digunakan.

Manakala untuk tarikh yang melibatkan hari dan bulan sahaja atau bulan dan tahun sahaja, ia perlu ditulis seperti yang berikut:

1.   29/3

2.   3/2023

Walau bagaimanapun, untuk penulisan rasmi, tarikh perlu dilengkapkan (hari/bulan/tahun).

Lain-lain29.03.2023
Ejaan 'KONVOKESYEN' untuk rekaan kulit buku boleh atau tidak di reka bentuk dengan perkataan 'Konvo' dan 'kesyen' dipisahkan dalam dua baris tanpa kata pemisah. Jika boleh kenapa? dan jika tidak boleh mengapa?Ejaan yang betul ialah "Konvokesyen" dan itulah jawapannya. Jika ditulis dalam dua baris berbeza hendaklah ada tanda sempang yang memisahkannya.Ejaan14.06.2011
1234

Kembali ke atas