Adakah pemisahan sebutan yang berikut betul? 1. awalan (a.wa.lan) 2. seruan (se.ruan) 3. perniagaan (per.nia.ga.an) | Ketiga-tiganya betul. | Lain-lain | 06.03.2013 |
Apakah pemisahan kata yang betul bagi :- 1) Dia 2) Ia 3) Ialah 4) Ianya | Pemenggalan kata yang betul ialah dia, ia dan ia-lah. Pembentukan kata ianya salah kerana ia dan nya kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga dan tidak boleh dibentuk menjadi satu perkataan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Ingin kepastian pemisahan suku kata yang betul. A-pril atau Ap-ril? Mohon beri penerangan sekali. Terima kasih. | Suku kata yang betul ialah A.pril | Tatabahasa | 30.01.2011 |
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih. | a) persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. penyekolahan perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan. b) perpisahan hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh. pemisahan hal atau perbuatan memisahkan: Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya. c) pertukaran perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit. penukaran perbuatan (hal) menukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila? | Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan. | Makna | 10.06.2008 |
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ. | 1. [a.cuan] 2. [sa.jian] Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Makna dikotomi | dikotomi: pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan. | Makna | 21.06.2009 |
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : ungu - u.ngu | Pemisahan suku kata untuk ungu ialah u-ngu. | Ejaan | 12.04.2012 |
Apakah suku kata untuk perkataan "hadiah"? "ha di ah" atau "ha diah" ? Terima kasih | Pemisahan suku kata yang betul untuk "hadiah" ialah ha-di-ah. | Ejaan | 31.08.2012 |
Tuan, saya ingin semak pecahan suka kata untuk perkataan mengizinkan. 1 me- ngi- zin- kan- 2 meng- i- zin- kan- terima kasih. | Pemisahan suku kata yang betul ialah meng-i-zin-kan. | Ejaan | 26.05.2012 |