Bahagian Lembar Bahasa di web terdapat satu kesalahan. Bil. 442, Segelintir daripada pemohon-pemohon (Salah) Segelintar daripada pemohon (Betul) [2/2003(11)] Kesalahan: Segelintar | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak kami akan menyemak perkara ini. | Lain-lain | 29.05.2008 |
Yang manakah pengunaan ayat yang betul: 1- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai daripada tarikh surat kelulusan dikeluarkan ATAU 2- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan ; ATAU 3- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. | Ayat yang betul ialah, "pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan", seperti dalam ayat kedua. | Tatabahasa | 05.02.2014 |
Saya pemohon papan iklan kali pertama boleh bagi penerangan borang penting untuk disertakan di boramg mpsj selepas dapat jawapan? | Sila hantar visual iklan puan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel puan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepada puan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. Sekiranya puan mempunyai pertanyaan sila hubungi talian 03 – 2147940003 / 03 2149600
| Lain-lain | 11.11.2015 |
Salam, Saya ingin bertanya yang mana adalah betul " beserta ' atau ' berserta' Contohnya ayat : Pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan 'beserta/berserta' bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Ejaan yang betul ialah berserta. Contoh ayat uang betul pula ialah pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Lain-lain | 02.02.2010 |
No. Pendaftaran : 19812/2017 Pemohon : tan poh poh Syarikat : Young Hearts Sdn Bhd Tajuk : Young Hearts Tarikh Selesai : 06/04/2017 Status : LULUS No. Kelulusan : DBP/KPB/201704/14411 Jika LULUS, sila klik pada PRPM > e-Perkhidmatan > Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk mencetak Sijil Pengesahan Bahasa DBP bagi tujuan permohonan lesen. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka i klik masuk , dalam senarai pemohonan hanya tunjuk satu sijil sahaja. sijil lain tiada dalam senarai pemohonan itu. No. Pendaftaran : 19812/2017 ini yang saya nak minta tuan tolong semak? | Permohonan encik telah diluluskan. Encik boleh klik pada nombor kelulusan dan sijil akan terpapar dan encik boleh mencetak sijil tersebut. | Lain-lain | 06.04.2017 |
nombor pendaftaran 12323/2015 tajuk pemohon:UNCLE LIEW KOPITIAM nama syarikat :UNCLE LIEW KOPITIAM 04/04/2015 BARU bila boleh dapat maklum balas terima kasih | Permohonan tuan telah diluluskan. Sila klik semula domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 06.04.2015 |
DALAM PEMOHONAN COLUMN, HANYA ADA SENARAI PEMOHON. pATUT ADA LAGI SATU PENGHANTARAN PEMOHONAN | Sila nyatakan pertanyaan tuan dengan lebih jelas. | Lain-lain | 22.09.2017 |
Saya sedang guna e-perkhidmatan untuk hantar pemohon Iklan pengesahan bahasa, tetapi pada masa saya klik "daftar" ia keluar mesej "Rekod Simpan menghadapi masalah". boleh menasihati apa yang saya boleh buat untuk ini. terima kasih | Untuk makluman tuan, sistem perkhidmatan kami masih menghadapi gangguan dan kini dalam penyenggaraan Bahagian Sistem Maklumat, DBP. Kami berusaha untuk memulihkan sistem perkhidmatan ini dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 21.04.2014 |
Selamat Pagi admin... No. Pendaftaran : 4927/2011 Pemohon : norhasimah Syarikat : Kool Kutz Inc Sdn Bhd Tajuk : salun kool kutz inc Tarikh Selesai : 05/09/2011 Status : TIDAK LULUS saya ingin mendapat penjelasan tentang permohonan saya di atas...sebab-sebab mengapa tidak mendapat kelulusan daripada pihak dbp, dan apa yang harus saya buat untuk mendapat kelulusan daripada dbp untuk iklan ini. Sila beri penjelasan.... terima kasih.. | Permohonan tersebut tidak diluluskan kerana keterangan aktiviti yang dikemukakan tidak jelas. Penggunaan perkataan "SALUN" sahaja tidak menggambarkan aktiviti/jenis perniagaan yang diusahakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Salun" bermaksud ruang (bilik besar dsb) utk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sbg tempat berniaga), sj kedai atau tempat perniagaan. Oleh yang demikian, cadangan keterangan aktiviti yang baharu ialah Salun Dandanan Rambut atau Salun Kecantikan atau Salun Persolekan. | Lain-lain | 07.09.2011 |
Status permohonan anda. Butir-butir permohonan: No. Rujukan: 46325/2018 Pemohon :NUR AFIQAH BINTI RAMLEE Tajuk :Servis Creative Brilliant Arts Status :Tidak Lulus Tarikh dan Masa Permohonan : 9/10/2018 11:46:20 AM Catatan/Komen : Sila terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kecuali nama yang telah didaftarkan Sila buat pembetulan pada visual iklan, muat naik dan tekan butang kemas kini. • Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses kemas kini. | Puan perlu daftar masuk akaun khidmat pengesahan bahasa puan melalui laman web berikut: dbpsahbahasa.my, masukkan ID pengguna (E-mel) dan kata laluan, kemudian klik pada no. iklan 46325/2018, lampirkan (attach) visual yang telah dikemas kini dan tekan butang kemas kini. | Lain-lain | 24.10.2018 |