1. Saya potong kuku dengan pemotong kuku. 2. saya memotong kuku dengan pemotong kuku. mana satukah yang betul? | Ayat yang gramatis ialah "Saya memotong kuku menggunakan/dengan pemotong kuku" | Tatabahasa | 20.05.2013 |
1. mesin pemotong rumput atau mesin potong rumput? | Mengikut data kami, penggunaan istilah yang betul ialah mesin potong rumput. | Istilah | 09.02.2017 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Antara yang berikut, yang manakah gramatis: 1a) Pengering rambut 1b) Alat pengering rambut 2a) Pengacip kekeras 2b) Alat pengacip kekeras 3a) Penimbang badan 3b) Alat penimbang badan 4a) Pemotong kertas 4b) Alat pemotong kertas 5a) Penunjuk skala 5b) Alat penunjuk skala Pada pendapat saya, 'pe-' membawa maksud 'alat'. Oleh itu, adalah tidak gramatis jika kita katakan 'alat pengering rambut', sebetulnya 'pengering rambut'. Adakah pemahaman saya betul? Sekian, terima kasih CK | Frasa yang betul ialah Pengering Rambut, Pengacip Kekeras, Penimbang Badan, Pemotong Kertas dan Penunjuk Skala. Awalan pe-... penanda makna atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
pengetip kuku atau pemotong kuku?? | Pengetip kuku dan pemotong kuku, kedua-duanya adalah betul. | Istilah | 19.05.2011 |
Yang manakah penggunaan kata yang tepat? Landas cincang atau papan pemotong? | Kedua-dua istilah itu boleh digunakan. Jika ayat tersebut berkaitan aktiviti memotong, gunakan papan pemotong. Sekiranya berkaitan aktiviti mencincang, gunakan landas cincang. | Istilah | 25.02.2017 |
Penjodoh bilangan untuk sikat, pemotong kuku dan benda-benda kecil yang mempunyai bentuk yang tidak seragam. Tolong jelaskan penjodoh bilangan dan fungsinya. | Penjodoh bilangan bermakna perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Bagi sikat, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah batang. Pihak kami sedang merancang untuk menyusun senarai penjodoh bilangan. | Lain-lain | 17.01.2008 |
Salam, Saya mengetahui bahawa menggunakan dua perkataan berganda di dalam satu ayat tidak boleh. Sebaliknya jikalau perkataan itu memang perlu digandakan, adakah boleh? Contoh seperti ayat di bawah: " Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik". Maksud saya ialah penggunaan dua perkataan berganda iaitu "kedua-dua" dan "perlahan-lahan". Sekian. | Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik. Kata tersebut perlu digandakan, kedua-dua menunjukkan keseluruhan, manakala perlahan-perlahan menunjukkan penekanan kepada perbuatan yang dilakukan. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Beveller'? (Kejuruteraan) Sekian, terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemotong serong. | Karya | 01.02.2016 |
Salam sejahtera, apakah maksud garis repang di bahagian bawah halaman? Terima Kasih | Selamat pagi Repang ialah proses meratakan. Oleh itu, dalam penerbitan sesebuah buku, garis repang di bawah halaman bermaksud mesin pemotong buku akan memotong buku mengikut saiz buku berkenaan selepas buku tersebut dicetak. Garis repang terdapat disekeliling sesebuah buku. Sekian, terima kasih. | Istilah | 01.06.2016 |
Manakah jawapannya Para petani di negara kita menggunakan ________ untuk memotong padi. A tuai B sabit C pisau D ketam | Para petani di negara kita menggunakan tuai untuk memotong padi. - tuai ialah pisau pemotong padi. | Tatabahasa | 19.08.2010 |