Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mo.to.ngan] | ڤموتوڠن

Definisi : 1. perbuatan memotong (me­ngerat, menggunting, memenggal dsb), penge­ratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mo.to.ngan] | ڤموتوڠن

Definisi : perbuatan atau hal memotong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai pemotongan suku kata. Contoh "pemindahan", pemotongan suku kata : pemindah-an atau peminda-han? Apakah syarat-syarat pemotongan suku kata.Penggal suku kata bagi perkataan pemindahan ialah pe.min.dah.an, iaitu kv.kvk.kvk.vk. Untuk maklumat terperinci tentang penggalan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa28.03.2012
SALAM BAHAGIA Bolehkah saya menggunakan : "PEMAKLUMAN PEMOTONGAN PEMBAYARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BULAN NOVEMBER 2017" sebagai tajuk surat rasmi? pernyataan "PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA" tidak boleh diubah kerana telah terkandung di dalam kontrak Sekian terima kasihSalam Sejahtera,

Boleh digunakan.
Lain-lain20.12.2017

Kembali ke atas