KILANG PEMPROSESAN MAKANAN DAN MINUMAN | 1. Betulkan kepada KILANG MAKANAN DAN MINUMAM. 2. Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Yang mana betul? 1. Pemprosesan atau pemerosesan 2. Pempiawaian atau pemiawaian Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah pemprosesan dan pemiawaian. | Ejaan | 21.03.2014 |
soalan: kami diberikan penerangan tentang (cara-cara nanas diproses/pemprosesan nanas)? | Saudara Asmazaira, Ayat yang betul ialah ' Kami diberi penerangan tentang cara-cara nanas diproses atau tentang pemprosesan nanas'. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif ayat : getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. | Ayat aktif: Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
berapa lama masa pihak dewan bahasa hendak buat pengesahan online.. | Kami berusaha menyegerakan setiap permohonan pengesahan iklan yang dikemukakan secara dalam talian, namun adakalanya berlaku gangguan teknikal dan pemprosesan ini tertunda sedikit daripada biasa. Untuk pemprosesan segera, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 04.11.2015 |
Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang lebih baik bagi frasa "signal processing", merujuk kepada data komputer yang diproses/diolah dengan program pengaturcaraan? Pemprosesan isyarat atau pengolahan isyarat? | Istilah yang digunakan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat untuk signal processing ialah pemprosesan isyarat. | Istilah | 29.08.2018 |
Pemprossesan/pemprossan | pemprosesan | Makna | 26.12.2008 |
Apa erti WISMA. Bolehkah didalam sesebuah wisma itu mengandungi kilang pemprosesan makanan, kilang kasut atau spa? sesuaikah? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "wisma" bermaksud 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin. Oleh itu, perkataan "wisma" tidak boleh digunakan untuk bangunan yang mengandungi kilang. Boleh menggunakan perkataan "kilang" sahaja. | Makna | 04.04.2013 |
Soalan saya- bagaimana penggunaan perkataan 'pasca' apabila digabungkan dengan perbuatan, contohnya pasca dan pemprosesan, perlu letak '-' atau rapatkan atau jauhkan? Untuk pertama kali atau untuk kali pertama | Selamat petang: 1. Yang betul cara penulisan pasca ialah pascapemprosesan 2. Frasa untuk pertama kali atau untuk kali pertama boleh digunakan bergantung pada aspek yang ditekankan atau didahulukan. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 03.10.2016 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "certifying officer". Certifying officer dalam konteks ini adalah pegawai yang memastikan premis pemprosesan di bawah tanggungjawabnya adalah mematuhi perundangan | Untuk makluman belum ada istilah yang khusus untuk certifying officer. Walau bagaimanapun, istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah Certified Public Accountant (Akauntan Raya Bertauliah) dan Certified Midwife (Bidan Bertauliah). Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Certifying Officer ialah Pegawai Pentauliah. | Istilah | 06.04.2011 |