Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mua.tan] | ڤمواتن

Definisi : perihal (proses) memuatkan se­suatu, pengisian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemuatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "loading..."? Ini ialah proses memuat laman/tapak web(teknologi maklumat). 1. Memuatkan... 2. Pemuatan... Kedua-dua perkataan ini menujukkan proses memuatkan, bilakah penggunaan yang sesuai bagi setiap perkataan? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Kata “memuatkan” ialah kata kerja kerana adanya imbuhan “me” di depan kata muat. Kata “pemuatan” pula ialah kata nama kerana diapit dengan imbuhan “pe” dan “an”. Contoh ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata tersebut:

  1. Amin sedang memuatkan fail dalam laman web syarikatnya.
  2. Pemuatan fail dijangka mengambil masa dalam tempoh 10 saat.
Tatabahasa30.01.2018
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih!

Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’  ialah rerumah  ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.

Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.

Istilah22.12.2014
Ingin minta bantuan tuan / puan tentang terjemahan ayat berikut dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia: Ayat asal: High Clearance of 5.4m in the Front Entrance of Loading Bay Ayat terjemahan: • 5.4m Pemuatan Depan Tinggi • Ruang punggah hadapan dengan ketinggian 5.4m • Ruang Hadapan yang berketinggian 5.4m Ingin mendapat cadangan tuan / puan, adalah ayat terjemahan di atas betul? Terima Kasih.1. Terjemahan yang sesuai bagi 'High Clearance of 5.4m in the Front Entrance of Loading Bay' ialah Ketinggian laluan masuk ruang punggah 5.4 mMakna26.06.2020
Apakah terjemahan yang sesuai digunakan untuk perkataan 'refresh' dan 'loading' yang sering digunakan dalam komunikasi komputer dan internet?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat untuk "refresh" dan "loading" ialah segar semula dan pemuatan .Istilah10.06.2014
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Istilah "front-loading" merujuk kepada pengagihan atau peruntukan (kos, usaha, dsb.) secara tidak sekata, dengan bahagian yang lebih besar diperuntukkan pada peringkat awal perusahaan atau proses berkenaan. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "front-loading"? Bolehkah "pemuatan ke depan" diterima?Belum ada padanan front-loading dalam Bahasa Melayu. Cadangan kami front-loading diterjemahkan kepada bebanan depan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan21.08.2019

Kembali ke atas