Salam. Saya nak tanya untuk penggunaan Pembugaran. Adakah menggunakan Pembugaran atau Pemugaran? Ada perbezaan ke? Terima kasih | Perkataan yang betul ialah pemugaran yang bermaksud pemulihan semula, pembaikan kembali, pembaharuan atau perihal memugar seperti membuka dan mengusahakan tanah. | Makna | 24.02.2023 |
land clearing (lombong) | Pemugaran Tanah /Pembersihan Tanah | Istilah | 13.01.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing). | Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu. | Istilah | 27.12.2018 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Paraplough Plough 2. Single Furrow Ploughs 3. Sulky Ploughs 4. Turnwrest Ploughs 5. Deep Tillage Subsoiler 6. Shank Subsoiler 7. Terra Weeder. Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Paraplough Plough - Bajak Berbilang Bilah 2. Single Furrow Ploughs - Bajak Alur Tunggal 3. Sulky Ploughs - Bajak Berpenarik Haiwan 4. Turnwrest Ploughs - Bajak Bilah Berbalik 5. Deep Tillage Subsoiler - Bajak Subtanah Pemugaran Dalam 6. Shank Subsoiler - Bajak Subtanah Berbatang 7. Terra Weeder - Pencabut Rumpai | Istilah | 01.03.2016 |