KKM ada Perkhidmatan 'Occupational Therapy'. Kalau diterjemah, mana satu yang betul Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Carakerja) atau Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)? | Menurut data kami, dalam bidang perubatan, istilah untuk Occupational Therapy ialah Terapi Cara Kerja. Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah Perkhidmatan Terapi Cara Kerja. | Istilah | 06.03.2017 |
Adakah boleh saya terjemahkan "sober companion" sebagai "teman pemulihan"? | "Sober companion" jika merujuk kepada perkhimatan pakar lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Pembantu Pemulihan". | Makna | 11.04.2020 |
SAYA MENGAJAR MURID-MURID PEMULIHAN SEKOLAH RENDAH, MEREKA AMAT LEMAH DALAM PENGUASAAN SUKUKATA KV , MANA YANG PERLU SAYA MULAKAN DULU, MENGAJAR KONSONAN DAHULU KEMUDIAN BARU VOKAL ATAU SEBALIKNYA. | Maklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini sila rujuk kepada pihak yang arif berkaitan ilmu pedagogi, iaitu pensayarah di maktab dan universiti. Rujuk juga buku Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise.
| Lain-lain | 29.04.2013 |
Salam sejahtera, Bolehkah "selected system restore point" diterjemahkan kepada "titik pemulihan sistem terpilih" atau "titik pulih sistem terpilih"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Terjemahan yang boleh digunakan ialah titik pulih sistem terpilih. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2018 |
JELASKAN LANGKAH - LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR PEMULIHAN KHAS. | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 09.04.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin meminta bantuan istilah padanan paling sesuai bagi perkataan 'Recoverability' dan 'recoverable amount' dalam konteks tersebut (istilah 'pemulihan' pada saya, tidak sesuai digunakan): "Recoverability of the Group’s investment in an associate" "The recoverable amount of investment" Ayat-ayat di atas, pada saya, lebih merujuk kepada perolehan semula. Harap DBP dapat membantu. Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk perkataan yang berikut: Recoverability = Kebolehpulihan Recoverable amount = Jumlah boleh pulih/Jumlah boleh dapat balik Terima kasih. | Istilah | 11.10.2018 |
Bagaimana ingin membantu murid sekolah rendah (yang tidak tahu membaca) supaya dapat membaca dengan lebih baik lagi selain daripada program pemulihan? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Di bawah merupakan hasil carian menggunakan KAWAT DBP. Diiharap buku-buku rujukan tersebut dapat menyelesaikan persoalan saudara. | JUDUL | PENGARANG | PENERBIT | TAHUN TERBIT | NO KELAS | |  | Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca | Yahya Othman | | 2004 | 428.407 Yah | Terperinci |  | Motivasi dan Kaedah Membaca | Zaini Ujang | Nurin Enterprise | 1993 | 175.8 Zai | Terperinci |  | Pembangunan perisian kaedah membaca bermultimedia | Amran Joned | UKM Bangi | 2002 | TE 005.1 Amr | Terperinci |
| Lain-lain | 13.04.2009 |
Apakah istilah Ekonomi Kejuruteraan "Sinking fund factors", "Capital Recovery" dan "Single Payment" dalam Bahasa Malaysia? | Sinking fund factors - faktor dana terikat capital recovery - pemulihan modal single payment - bayaran tunggal | Istilah | 04.05.2014 |
pohon pencerahan apa maksud koreksional | Tidak ada perkataan koreksional dalam bahasa Melayu. Jika koreksional merupakan terjemahan correctional, penggunaan kata yang betul ialah pembetulan atau pemulihan. | Makna | 05.05.2015 |
Apakah pilihan perkataan yang lebih baik untuk 'anggota kerja bermasalah" dan terjemahan kepada 'Performance Recovery' | Salam sejahtera, Perkataan yang dicadangkan ialah pekerja bermasalah. Padanan performance recovery: pemulihan prestasi Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.04.2019 |