Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah. | Istilah | 23.12.2010 |
Apa perbezaan penggunaan pemeliharaan dengan pemuliharaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah. | Ejaan | 29.10.2014 |
1. Adakah perkataan konservasi (conservation) atau pemuliharaan? 2. Yang mana satu betul, garispanduan atau garis panduan? diusahasilkan atau diusaha hasilkan? mengenalpasti atau mengenal pasti? Apa cara terbaik tahu atau peraturan mengenai perkataan-perkataan ini? 3. Yang mana satu betul, penzonan atau pengezonan? | 1. Terjemahan perkataan conservation ialah pemuliharaan, tidak ada perkataan konservasi dalam bahasa Melayu. 2. Ejaan yang betul ialah garis panduan dan mengenal pasti. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk dieja sebagai dua perkataan, kecuali kata majmuk yang mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. 3. Ejaan yang betul ialah pengezonan. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Nazairi Zaidi Mar 20th, 9:58am salam DBP, sy nk bertanyakn 1 soalan.. adakah sesuai penggunaan perkataan Pemeliharaan pokok? atau Pemuliharaan pokok? atau kedua-duanya boleh digunakan? adakah pemeliharaan hanya sesuai untuk haiwan sahaja | Pemeliharaan = Perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, pendidikan, penternakan, penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa, dll. Pemuliharaan = perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb.) memulihara (sesuatu). Oleh itu, berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
Bolehkah perkataan PROPAGASI digunakan? Contoh ayat: Untuk membantu pemuliharaan terumbu karang, Jabatan Perikanan Malaysia memainkan peranan penting menjalankan kerja propagasi terumbu karang. Ia bertujuan untuk menjamin kelestarian dan meningkatkan litupan terumbu karang di perairan Malaysia. | Perkataan propagasi boleh digunakan dalam ayat tersebut yang bermaksud pembiakan.
| Lain-lain | 17.09.2020 |
Your Partner For Environment Care | Rakan Anda untuk Pemuliharaan Persekitaran Lestari | Istilah | 07.01.2011 |
Apakah perbezaan diantara perkataan "pelihara" dan "pulihara"?. Contoh: Kucing itu dipelihara. Pemuliharaan alam sekitar. | Pelihara bermaksud membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara bermaksud memulihkan serta memelihara (menjaga dan sebagainya), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. | Makna | 11.01.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pihak kami ingin menubuhkan sebuah pertubuhan. Ianya berkaitan penjagaan dan pemuliharaan hutan paya bakau. Nama yang dicadangkan ialah Pertubuhan Warisan Bakau Sarawak. Jika digunakan ayat Pewarisan adakah berbeza maksudnya? Atau lebih sesuai dengan nama Pertubuhan Pewarisan Bakau Sarawak. Mohon bagi cadangan nama yang lebih sesuai. Sekian terima kasih. Abdul Razak Abdullah Ketua Setiausaha | Nama yang sesuai ialah “Pertubuhan Warisan Bakau Sarawak”. | Lain-lain | 29.06.2022 |
Jelaskan perbezaan antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan. | Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan,; pemuliharaan, pengawasan. Kata terbitan lain daripada 'selenggara' ialah menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggara. Tiada kata terbitan 'penyenggaraan'. | Makna | 29.03.2008 |
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar | Ayat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.' | Tatabahasa | 13.09.2007 |